Alhamdulillah wa syukurillah. Moga Ramadhan bersama kita hingga ke akhirnya. Ke dah tak sabar nak bakar meriam? Teringat semalam Tok Bilal kot buat annoucement "Anak-anak diminta merendahkan suara di dalam masjid" tu baru suara budak-budak berlari riang gembira tengah terawih berlangsung, tak masuk lagi bunyi Dum Dam Dum mercun kat luar tu ha. Siapa la yang sakan bakar mercun nih. agak-agak ler bro, tunggu lepas terawih tak boleh ke ha? [konon2 berang ya amat]
Jangan pukul rata tentang sesuatu isu yang timbul. Kita mungkin tak tahu hujung pangkalnya.
Tetiba penulis ni buat statement kat atas tanpa ada satu perkaitan pun dengan meriam buluh mahupun meriam buatan manusia, apatah lagi berkaitan dengan gambar hiasan di atas. Begini, saya yang perasan prihatin ni amat sangat terkilan bila mendengar isu perebutan adik-adik yang bakal fly. Bertambah terkilan lagi bila dapati ada sesetengah pihak yang menyebarkan fahaman serong tentang hidup berpersatuan ni. Pihak yang mengajak boleh tahan lagi, ini nak berdepan dengan mereka yang menghalang terus adik-adik dari beragenda dengan sisters and brothers yang baru nak berkenal-kenal. Kamu mungkin tersalah anggap! Saya boleh relax sebab tak ada nak terima any sisters ke Portsmouth, setahu saya la. Kalau ada pun mungkin saya takdalah sampai nak cop adik tu hak milik saya kan. I'll just give her a warm welcome. Kawan-kawan pun tak habeh diajak, siapa kata kena approach adik-adik saja? Suburlah dakwah di Bumi Portsmouth. Insya'Allah!
Apa tujuan berdakwah? Nak ajak orang lain balik pada Allah bukan?
Mulalah saya yang perasan penting ni bersuara. Atas muka bumi ni ada tiga golongan, golongan yang menolak terus agama Allah, golongan yang mendokong agama Allah dan golongan yang tak layak disebut dalam al-Quran pun; mereka yang mana 'ke langit tidak ke bumi pun tidak, sembah Allah tidak sembah syaitan pun tidak' iaitu golongan yang menganggap diri mereka neutral, padahal mereka sendiri membina kumpulan mereka sendiri tanpa mereka sedari. Nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan.. Nak faham lebih jelas lagi boleh rujuk Kisah Hari Sabat dalam al-Quran. Jangan ingat agama Allah ini satu senda gurau.
Hampir setahun saya berlengah untuk baca kembali sebuah buku yang dihadiahkan oleh seseorang sempena keberangkatan ke England. Berlengah untuk membaca dengan serius. Sekadar selak beberapa helai, ditambah keadaan masa yang kurang untuk persiapan terbang. Masa tu saya juga kurang gemar dengan penulisan tentang sejarah penubuhan sesebuah persatuan. Saya tinggalkan buku tu bertemankan debu di rak kamar. Ada hikmahnya juga sikap pemalas saya masa tu..saya dapat kenal mereka dari sudut yang berbeza-beza. Masing-masing saya kenal dari pengalaman bersama.
Rasa nak sekeh tak orang dalam gambar yang pose pelik tu? Ish, pelik betul la dia tu. Tapi, itu involuntarily happened. She's now trying to limit and reduce it :p Saya sedar saya agak lain dalam melihat sesuatu, atau agak 'pelik' dari orang lain dalam membaca sesuatu dari mereka yang hidup sebumbung, belajar sekuliah dan berjalan dengan derap langkah yang sama. Mungkin cara berfikir kita lain sikit. Sikit aje. Nak kata disini bahawa dakwah ini juga untuk mereka yang pelik, yang jauh tertinggal di belakang, bukan untuk mereka yang dah sedia baik. Oh, takkan sesenang itu berdakwah? Fikir kembali ya kawan-kawan.
Tapi tak mengapa, berbekalkan perasaan sedemikian, akhirnya saya ketemu lebih ramai sahabat se-fikrah. Alhamdulillah. Kita mungkin sedikit berbeza, saya yakin masing-masing nak bawa agama Allah dan nak dapat yang terbaik untuk pentarbiahan diri dan kawan-kawan. We could bring it on together, couldn't we? Yes, we can! Orang kata, all in all, individu itu sendiri yang akan menentukan di mana pengakhirannya. Agreed~ Pada saya, diri saya perlu yakin dengan medan yang saya pilih, baru boleh bergerak dengan baik.
Kena kenal betul-betul pemilik perahu kalau nak belayar,
dan sekali-kali jangan belayar tanpa nakhoda.
Bak kata Obama: "Dalam sebuah kapal tak boleh ada dua Nakhoda". Macam mana nak ikut dua pemimpin? Bayangkan pula jika kerajaan Allah ini ditakbir lebih dari satu Tuhan? Mana mungkin. Akan pasti berlaku perpecahan. Perpecahan dari segi ijtihad dah berlambak sekarang ni, inikan pula berlaku dalam medan yang hampir sama, tak kira lagi perpecahan yang berlaku dalam sesebuah persatuan itu sendiri. Kalaulah agama mengizinkan perpecahan sebegini, maka runtuhlah dan huru-hara lah sesebuah empire yang dibina. Jadi faham lah apabila berdepan dengan konflik, cuba bersabar dan tegur secara baik, Islam menggariskan cara menegur pemimpin, tetap bersama walaupun lemah kerana perpecahan itu satu isu yang perlu dielakkan. Ingat lagi celoteh sahabat, kalau semudah itu nak tangani ketidakpuasan yang berlaku "Tak puas hati aja, buat kumpulan baru, baik aku pimpin diri sendiri". Tapi, sekali-kali tidak, ia tak semudah itu. Bila nada dah macam YB UMNO bercakap ni baik saya berhenti..
Ketahuilah, hakikat yang harus kita telan hari ini. Isu ta'adud ini dah berlaku dan pernah hangat dibincangkan. Apabila ditanya salah seorang sahabat sesebuah persatuan yang agak famous, "kenapa berlaku berbilangan persatuan ni?" Jawabnya: "Allah mencipta kita berbilang-bilang bangsa dan berbeza-beza.." Jawapan ini di'quote dari sebuah surah. Buka dan perhatikan kembali ayat al-Quran tersebut. Bukankah di akhir ayat tertulis..
"..agar kamu berkenal-kenal"
Siapa setuju bahawa ayat itu menyuruh kita bersatu-padu? Pada saya, ini bukan tiket untuk kita meraikan banyaknya 'persatuan' atas muka bumi ni. Saya faham kita belum ada amirul Mukminin, tapi takkan kita tak boleh ambil iktibar dari itu? Yang berbaki hanyalah mengenali dan mencari titik persamaan. Dengan mencari titik persamaan itu lebih utama daripada mencari perbezaan yang kita tak mampu nak ubah. Sedangkan ada lebih besar tanggungjawab lain daripada berterusan berfikir soal ini. Akhirnya saya menerima perbezaan yang wujud, bak kata seseorang, kita tak dapat menghalang ta'adud yang berlaku, kita hanya boleh redha dan bina kefahaman tentangnya. Redha dan buat pilihan yang tepat.
Cewah, bila rasa diri dah melepasi saat-saat getir mencari. Oh bukan bermaksud 'dah lepas dan tak payah ambil tahu dah', teruskan mencari meskipun hati dah rasa selamat dan yakin. Yakin tu paling penting kan? Nak bawa agama Allah mana boleh was-was. Ke saya salah cakap? Pada masa orang kafir merancang bermacam-macam strategi menjatuhkan umat Islam. Orang Islam masih bergelumang dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku, tapi takdir Allah ia berlaku. Dan caranya, carilah jalan untuk bersatu dan duduk di bawah satu payung. Yang mana kurang ditampung, bukan lompat keluar ikut cara sendiri. Ke saya salah cakap lagi?
Bukan semua yang baik itu benar. Carilah dan teruskan pencarian.
gambar : credit to syud
Pembacaan itu penting. Secara peribadi, saya lebih gemar mendengar penjelasan dari mulut seorang pemimpin itu sendiri. Biasalah kan, bila bersoal jawab dengan ahli yang baru dua tiga tahun hidup dalam persatuan, mungkin tak sama dengan orang yang hidup di zaman mula berlakunya perpecahan tersebut. Tak sama lah kawan, dengar cerita dari orang-orang yang melihat sendiri atau duduk dalam 'persatuan' dan juga melalui saat-saat 'memilih' sangat berbeza. Tip memilih, jangan dengar di sebelah pihak sahaja. Jangan berhenti bertanya. Anda mungkin akan alami kejutan yang tak disangka-sangka dengan penuh rasa syukur kerana dipilih Allah untuk memahami satu cabang agama yang jarang-jarang ditawarkan. Saya yang species tak reti nak pegang sorang-sorang ni memang akan buat tawaran juga.
Saya nak offer kamu satu benda yang akan membuatkan kamu 'reconsider' balik keputusan kamu. Kalau rasa tak dapat nak buat, jangan minta saya teruskan.
Ohoo! Ada gaya macam politician tak? Nampak scarry ayat di atas ni. Takdalah direct macam tu kan. Tarik dengan akhlak dan senjata kita lah which is a good 'SPEECH'. Akhlak yang dibuat-buat adalah perkara yang paling kebanyakan orang benci. Isn't it true? Sorry terkasar bahasa, maaf yang dipertua. maaf. maaf. Walaupun ada daripada kawan-kawan kita yang agak gila-gila, saya pun sometimes macam tu. Tapi, it is something yang kita boleh rasa sebenarnya, they are just like that, nak buat macam mana kan. Just show your true self. It's kinda offensive kalau saya kata saya sendiri kurang gemar berdepan dengan golongan yang practically trying to cover their true-self nih. Bukan tak senang, cuma saya jadi tak all out. Ish..memang payah nak cerita lah. Saya memang species tak boleh fishy-fishy nih. Seriously. Sorry. Ni masuk cerita apa pulak entah. Ok, nak kata..kita harus terima perbezaan manusia yang ada, tapi bukan bererti kita tak boleh bersatu. Takkan dalam satu komoditi tu, semua orang pakai Perdana, mesti lah ada yang pakai basikal, motosikal, beca dan sebagainya kan.
Sila abaikan selingan di atas. Terus terang saya akui, saya lebih suka berbicara dengan orang-orang yang telah melalui tempoh pemilihan seperti kebanyakan orang yang confuse daripada bersoal jawab dengan orang yang lahir, bersekolah, dan hidup dalam keluarga yang sepenuhnya menyokong sesebuah 'persatuan'. Saya memiliki pengalaman yang jauh lebih berbeza. Ramai yang lahir dari keluarga yang mendokong perjuangan berbeza dari perhatiannya, ramai juga yang melalui pentarbiahan dari perjuangan yang berbeza dari perjuangan yang didokongnya. Saya juga rasa boleh la nak kata saya faham mereka yang bersoaljawab tentang ini. Mereka sebenarnya sedang mencari yang benar, yang meyakinkan. Ada juga sahabat yang dalam kategori tak perlu pergi BTN pun tapi akhirnya menemui apa yang diyakininya. Alhamdulillah. Oh, terlebih pulak..
Ok, senyum sikit macam makcik kat bawah ni. senyum jangan cover, baru nampak sincere. Big LOL. Maaf Syud, kenapa gambar ni menunjukkan gaya sengih yang keterlaluan? Kihkih~
Jangan tengok lama-lama meskipun kami single. Ops!
Sila abaikan selingan di atas. Terus terang saya akui, saya lebih suka berbicara dengan orang-orang yang telah melalui tempoh pemilihan seperti kebanyakan orang yang confuse daripada bersoal jawab dengan orang yang lahir, bersekolah, dan hidup dalam keluarga yang sepenuhnya menyokong sesebuah 'persatuan'. Saya memiliki pengalaman yang jauh lebih berbeza. Ramai yang lahir dari keluarga yang mendokong perjuangan berbeza dari perhatiannya, ramai juga yang melalui pentarbiahan dari perjuangan yang berbeza dari perjuangan yang didokongnya. Saya juga rasa boleh la nak kata saya faham mereka yang bersoaljawab tentang ini. Mereka sebenarnya sedang mencari yang benar, yang meyakinkan. Ada juga sahabat yang dalam kategori tak perlu pergi BTN pun tapi akhirnya menemui apa yang diyakininya. Alhamdulillah. Oh, terlebih pulak..
Buku yang saya maksudkan dari mula ialah tulisan Siti Hamisah Manan, 'Gelombang Kebangkitan Dakwah Kampus'. Buku terbitan JIMedia dan edaran Gmedia. So, boleh expect apa kandungannya. Tak terfikir langsung apa niat sebenar Si Pemberi, kan saya dah kata saya ni agak lambat memahami keadaan. Saya tidak betul-betul mengenali apa itu IRC. Malah saya mengenalinya sedikit demi sedikit melalui pihak lain. Mak pun ada bercerita kisahnya di UKM dulu-dulu. Saya juga tak mengorek cerita yang lebih terperinci tentang dasar penubuhan IRC dari mereka sendiri sewaktu salah satu sesi pencerahan di London. Bukan tidak mahu bertanya lebih, saya cuma beranggapan saya faham dengan situasi dan cuba bersikap neutral dan lebihkan mendengar. Jelasnya, saya memang tak berapa gemar dengan soalan retorikal, melontarkan soalan-soalan yang saya sudah pasti jawapannya apa. Saya banyak tahu pasal penubuhan jemaah tersebut dari pihak lagi satu.
"Orang kata, kalau nak tahu punca kenapa 'pergaduhan antara si pembaling batu dan si terkena batu', kena tanya lebih pada si pembaling. Tapi, kalau si pembaling taknak cerita lebih, boleh ja nak tanya si terkena batu tu. Kemudian fikirlah guna akal yang waras"
Hakikat lain yang saya ketahui, kisah di UK dan di Malaysia juga berbeza. Di Malaysia lebih harmoni. Tak percaya boleh pergi tanya sendiri. hihi~ Nanti saya kena tegur lagi bab ni. Bacaan mungkin akan menambahfahamkan kalian. Sekarang saya buat-buat sibuk nak baca buku-buku ni. Buku daripada thesis Dr Mujahid tentang krisis, kepimpinan dan kebangkitan sebuah 'persatuan famous' di Malaysia. Tak kenal maka tak cinta kan..
I'm really a dead meat if my parent tahu ni :P Saya belum fikir nak jawab apa.
Any suggestion? Ok, baik saya jawab "Baca pun tak boleh ke?" Kat sini boleh la nak cakap kemaih :P
Saya tahu [degan penuh yakin] kenapa tak ada orang halang saya sebab mereka tahu ini adalah benar. Bak kata sahabat seperjuangan saya, "Jangan takut, kalaupun mereka tahu mereka tak akan menghalang". Dan saya sebenarnya hanyalah perasan berani. Kan saya penah cakap CINTA itu buat kita kuat. Mustahillah seangkatan dengan saya tidak berfikir panjang demi keputusan yang super marabahaya ni.
Saya memang terer berceloteh sorang-sorang berjela-jela macam ni. It's a relieve you all tahu tak? Walaupun saya tahu tak akan ada orang berminat nak baca. Who cares? [Amboi ayat..]
Ok, Wallhua'lam.
Saya memang terer berceloteh sorang-sorang berjela-jela macam ni. It's a relieve you all tahu tak? Walaupun saya tahu tak akan ada orang berminat nak baca. Who cares? [Amboi ayat..]
Ok, Wallhua'lam.
Jom sahur!

4 comments:
ayat baca.
kebetulan ayat baru jumpa ni pagi tadi,
"O mankind, We created you from a single pair of male and female, and made you into nations and tribes, So that you might know each other..." [49:13]
ayat berminat dengan mencari titik persamaan dan mengakui dgn menerima perbezaan org lain.memang untuk mencari titik persamaan dalam setiap orang memerlukan effort yang amat banyak akmar nabila.but believe that dengan mengakui perbezaan dan menerimanya, jika kita dpt bersatu, pasti ianya lebih manis. :)
Alhamdulillah, thanks Ayat for the effort. Yes, Al-Hujurat : Ayat 13. Selepas merujuk beberapa org, pun bersetuju saranan ayat itu untuk kesepaduan. Benar2, bayangkan kita akan lebih excited bila dapat kenal someone yang ada persamaan dgn kita, contohnya kita Ayat, lps tahu ulu satu matrix changloon, rasa mcm dekat sgt dan teruja. Titik persamaan mmg merapatkan hubungan semua :)
dengan titik2 persamaan tu akan membentuk 1 kumpulan manusia yang berada dalam 1 pemikiran yg sama. :)
rasa macam nak tampaq muka sendiri tgk pic kami kt ataih tu. awat kami buat muka cmtu? =.=''
Yes, benar sekali kenyatan tuan hamba ^^
Gambar sekadar hiasan :P
Post a Comment