Sunday, September 11, 2011

Kisah Abang

Allahumma Hasibni Hisaban Yasira. [Ya Allah Hisablah aku dengan hisab yang baik]. Astagfirullahal'azim.. diri ini asyik tewas. AllahuAllah.. Jika ajal menjemput saat selepas ni, takutnya tentang seribu penyesalan  yang dibawa bersama. Nau'zubillahiminzalik. Lemahnya diri..

Saat-saat bersama Abang melakukan aktivity yang cool this summer break~ hi. Tapi banyak juga yang dipelajari. Alhamdulillah

Balik Kampung, Drifting, Shopping, Exercising and Eating!


Memandu sambil mendengar taklimat pemanduan berhemat dari Dato' Ammar :P

-> Kalau kereta ada masalah break, 
jangan curah tayar tu dengan air, nanti rosak.

-> Kalau ada banjir, kalau boleh elakkan..
sebab break tengah panas.

-> Kalau dari jauh nampak lori,
terus masuk line kanan dan potong.

-> Kalau dari jauh nampak lampu merah,
jangan pecut, lepaskan minyak [agkat pedal minyak]. Tak perlu nak break mengejut.

-> Kalau nampak lampu kuning atau hijau,
terus pecut, sempat la kereta lepas sebelum lampu merah.

Untuk taklimat selanjutnya boleh hubungi saya :P

Selain itu :



Sama-sama mencari dan mempelajari pemakanan sihat dengan pengambilan supplement



Tip untuk kerehatan otot. He took 15 minutes treatment [urut2 tu]



Saya pun nak try..first 3 minutes for 1 ringgit and additional 3 ringgit sebab ketagihan.
 sambil tangan pegang purse dan cover muka sebab malu yang amat sangat =.='




Shopping sampai lokek~ Astagfirullah. Memang bahaya bawa kad kredit T.T


Dan sampailah ke saat menghantar pulang Abang ke station bus, saya rasa sangat terkilan kerana insiden pagi tadi. Saya bangun dari tidur dengan lemah longlai tanpa berfikir abang mungkin rasa cuak kerana jam dah menginjak 9.30 pagi. [bad habit after staying up late last night] Maklumlah semalam jadi penggiat seni mengecat bilik seperti melukis mural dinding sampai dengan rambut sekali dicat.

Abang kejut, katanya : " Kakak tak nak mandi pun takpa, hantar abang lepas tu balik sambung tidur".  "Erk, boleh pula suggest suruh tidur balik". Sedar sahaja subuh tadi, abang dah berada di sebelah sedang online guna laptop saya, entah apa yang dibuatnya, kemudian saya merangkak ke katil sambung tidur. =.='

Saya yang mulanya ingatkan bus abang pukul 12.30 hanya bersiap dengan kadar moderate-speed. Sedang baru nak mandi, air rupanya slow, saya berdegil juga mandi dengan kelajuan air sangat slow, kemudian in-the-middle of mandi, air tiba-tiba laju..abang tolong buka meter air dari luar.

Siap sahaja mengenakan tudung, saya sedar yang abang dah tunggu dalam kereta dengan enjin yang dah dihidupkan dan pintu pagar pun dah dibuka, tunggu saya keluar dan kuncikan pintu rumah. Abang nampak relax, selepas saya confirmkan semula masa bus, kata abang 11.30 pagi dan masa tu pukul 10.30 pagi. Saya berdoa moga-moga traffic tak crowded. Seperti biasa, saya pandu dengan kelajuan sederhana. Mungkin abang ingat saya rasa cuak bila sedar saya seperti nak cepat sampai, balasnya : "Relakslah..".

Saya memang tak mahu tanya Abang jalan untuk ke Shahab, takut Abang risau, tapi terpaksa tanya sebab saya confused! Lepas bertanya, terus saya perhatikan sekeliling..hafal-hafal, lepas ni tak boleh silap. Seperti boleh diagak, kata Abang, "Balik sorang nanti macam mana kalau tak ingat jalan..". Insya'Allah Ok. hihi..

Sampai sahaja Shahab, jam baru pukul 11 pagi, tapi kata Abang, "Tak perlu tunggu, kakak balik terus lepas drop Abang depan station". Memandangkan kereta pun beratur panjang, saya ikut sahaja kata Abang.  Abang pesan, "Elok-elok, kalau ada ada apa-apa call Abang". Selepas bersalam dan waving goodbye to him, saya terus balik. Beberapa saat selepas toleh ke belakang untuk tengok Abang pergi, mata terasa hangat..i cannot help myself to stop crying. I'm going to miss him so badly. Nobody there to shed the tears dropping down..and even for now T.T

Although i never treat him and the rest members very well..

Sangkaan saya untuk tidak lagi tersilap jalan meleset lagi, saya yang sepatutnya mengambil laluan ke Langgar tersalah arah ke Hutan Kampung. Errr...layan sebak sangat. Pemanduan pulang dari Shahab tak singgah ke mana-mana. Sampai di Pokok Sena, baru saya perasan saya tak bawa handphone. Worrying that Abang might ring me to ask about my safety. kot... Balik rumah baru send him a text, good to hear him safely boarded. 

Terfikir-fikir nak sambung cat, tapi saya tangguhkan. Terus buka laptop mahu update dengan berita lain. Kemudian saya terdetik sesuatu, buka 'My Computer', tiba-tiba saya perasan my external drive currently "141GB free of 465GB". Eh? Lepas jelajah apa yang banyak dimasukkan, rupanya Abang dah masukkan bermacam video dalm my hard disk. Yahoo! Sejak bila Abang boleh baca kehendak saya ni..baru tadi pagi saya rasa sedih sebab tak sempat nak copy all sort of videos he has. Alhamdulillah, buah tangan dari Abang balik UK.

Sekarang baru kenyataan bahawa saya bakal sambung semula belajar dalam tempoh kurang dari seminggu betul-betul melekat dalam minda. Saya bakal tinggalkan Malaysia buat kesekian kalinya untuk tempoh yang agak panjang. Esok bakal menjengah pensyarah-pensyarah di IPDA, mohon doa dan restu, Insya'Allah.






Selamat Hari Raya !

"Jangan terlalu meletakkan harapan pada kawan-kawan, kadang-kala kawan-kawan pun akan menyakiti kita. Letak harapan pada keluarga because Blood is really thicker than water, tapi keluarga juga tak akan selamanya memenuhi harapan kita, jadi letak harapan pada Allah, Allah tak pernah meninggalkan kita".  Abang.






Enhanced by Zemanta

No comments: