Salam'alaikum! Pencarian muslimah sejati penggerak dakwah? Beberapa saat yang lalu, terlintas iklan di Astro Prima berkenaan Rancangan Realiti TV pencarian 'Ustazah Pilihan' yang mana menunjukkan beberapa peserta muslimat sedang ditemuramah. Ada yang mengalunkan ayat-ayat al-Quran, menjawab soalan seakan-akan berpidato dan sebagainya. Rancangan yang saya tunggu-tunggu untuk melihat sejauh mana 'Ustazah Pilihan' berada di hati penonton, adakah setanding dengan konsep yang dibawa program bercirikan Islam yang lain . Setelah menunggu lebih dari tiga bulan dari bermulanya syarat-syarat penyertaan, akhirnya hari ini berjaya juga saya lihat sedikit sedutan audition pencarian finalis. Ada juga yang berniqab.
Saya bukan nak ulas panjang tentang program yang sering menggunakan tagline "Didik Wanita, terdidik Generasi" tersebut, tetapi cuba membawa persoalan 'Sejauh mana program-program realiti seperti ini mampu mendidik masyarakat ke arah yang lebih positif?'. Barangkali, finalis-finalis yang terpilih nanti mampu menjadi ikon dalam masyarakat seterusnya membawa perubahan positif khususnya generasi muda. Uslub dakwah sangat luas, cumanya saya sendiri skeptik dengan pendekatan ini. Maaflah. Pastinya ramai yang tahu bahawa banyak program-program seperti ini sudah mula mendapat tempat di Malaysia. Contoh lain seperti Akademi Al-Quran, Akademi Nasyid, dan Imam Muda sendiri hingga mendapat perhatian dunia.
Semoga duta-duta Islam ini mampu memberi contoh yang baik serta berjaya menyumbangkan ke arah pembentukan individu dan masyarakat Muslim yang baik. Sama-sama doakan :) Oleh sebab saya wanita, saya cenderung dengan bagaimana memperbaiki peribadi dan akhlak seorang wanita. Tak banyak yang mampu dikongsi di sini.
Sama-samalah memperbaiki diri walaupun tak layak masuk audition 'Ustazah Pilihan', jikalau harus diukur dari sudut ilmu dan kebijakan berkata-kata.......saya mungkin layak masuk audition 'YB Pilihan'. kekeke. tipu2~ peringkat rakan sebilik boleh la kot :P
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
Apa kata anda?
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka bukan?
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi).
Jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya.
Nau'zubillahiminzalik.
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
Namun begitu, kecantikan seperti taruhan pertama.
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Sama-sama mengambil iktibar
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi
Seorang wanita soehah itu taat pada Allah, Rasulullah SAW dan juga suaminya.
“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya .
Wanita solehah berhias untuk suaminya dan boleh dipercayai.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Menutup aurat juga harus mengikut landasan syariat.
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.
Wanita solehah bersahabat dengan dengan teman yang baik agamanya.
Wanita Idaman
Hatinya disalut taqwa kepada Allah , yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Wanita yang sentiasa haus dengan ilmu , yang sentiasa dahaga akan pahala.
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu , yang solatnya maruah dirinya , yang tidak pernah takut untuk berkata benar, yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.Wanita idaman ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,yang mempunyai ramai kawan.
Wanita yang menghormati ibunya , yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga , yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam , yang mengamalkan hidup penuh sederhana , kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
[iLuvislam]
Bestnya menjadi wanita idaman..Ustazah Pilihan. Tapi terasa diri sangatlah jauh darinya..
Mahu yang bertaqwa, harus didik diri kearahnya dulu bukan? Allahuakbar. Siapa yang mahu menerima kelemahan? Siapa yang mampu pimpin saya melintas jalan? Siapa yang mampu pastikan saya tak akan langgar tiang lagi? Siapa yang mampu bersabar bila saya tak ingat jalan ketika memandu? Mungkin tak ada siapa yang suka, jadi haruslah berubah. T.T
Selamat Mensekufukan diri dengan yang diidamkan!
Gambar : diambil di sebelah rumah.
Special thanks to Auntie yang suka tanam bunga di tepi rumah saya . sampai sekarang saya pelik, bagaimana orang boleh enjoy tanam pokok bunga kat rumah orang lain dan ayah saya pula relakan sahaja, bahkan siap buatkan tempat untuk pokok2 bunga beliau :)

2 comments:
terima kasih dengan entry ni.
ainin! hihi, don't thank me this much..terharuu ler ;P
Post a Comment