Saturday, October 15, 2011

Hikmah Kejadian

Astagfirullahal'azim. Upgrade mutabaah amal dengan 'beristigfar selepas ketawa'. Banyak sangat ketawa ni. Rasa nak kejang otot perut kalau ada yang nak diusikkan. Lucu tapi sangat best dan bermakna. Pernah suatu masa housemate buat 'autism test' dengan ahli rumah, ketawa yang cuba ditahan pecah juga. Tahu ajelah bila sorang-sorang kena ulangi number siri yang disebut semula secara terbalik dari penyoal. Lambat tu biasalah, yang tak faham soalan pun beri aksi mencuit hati. Riaksi semua comel sungguh. Belum lagi disuruh sebutkan perkataan bermula dengan 'S' dalam satu minit, jika anda hanya mampu menyebut lima contoh dengan cepat kemudian lost...anda mungkin memiliki symptom 'Autism'. Ok, tak berapa kelakar. Sebelum kita bercerita lanjut tentang 'Special Education Needs', baik saya tukar topik. Itulah. Wafa' kadangkala sinonim dengan keriuhan. Kini dah menginjak minggu ke-5 bersama ahli Wafa', tak pernah sunyi. Syukur Alhamdulillah, moga terus erat. 

Pertama kali solat magrib dan isyak berjemaah satu suasana yang mengharukan, diselit sedikit tazkirah selepas bacaan Yaasin. Tazkirah bertajuk 'Ujian Berkali-kali'. Dicedok dan ditambah daripada halaqah lepas. Biar saya ulang semula pengisian ringkas tu. Saya mulakan dengan persoalan, itu seingat saya; "mengapa kita diuji dengan ujian yang sama berkali-kali?" Kemudian saya beri contoh yang tidak berapa relevant dengan kontek audience. Contohnya, jika kita sentiasa diuji dengan ujian 'menepati masa' , meskipun hakikatnya tidak pun. Cuba lihat contoh ujian seperti mungkin Allah uji dengan kegagalan mengejar bus, mungkin kegagalan untuk sampai tepat pada masanya untuk lecture, atau mungkin diuji lagi dalam menepati masa dalam undangan majlis. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lambat, sekarang ke kelas 10 minit dah sampai.

Apabila kita dapati ujian itu datang menimpa berkali-kali, bermaksud kita masih belum lagi melepasi ujian tersebut. Jika kita sentiasa berdepan dengan kesulitan yang sama, pernahkah kita berfikir untuk menghadapinya dengan penuh redha? Menghadirkan keikhlasan dalam ketentuan Allah. Bunyinya mudah tetapi menghadapinya agak sukar. Selepas berjaya mungkin kita sedari kepentingan sabar dan keindahan tawakal.

Lihat pula contoh terdekat. Ujian kesabaran. Hidup serumah kalau tak diuji dengan kesabaran bukan namanya tinggal sebumbung. Satu persatu peraturan diusulkan demi kesenangan semua pihak. Kesabaran saya juga teruji kadangkala. "Kalau kita mahu pembelian 'magic mop' berharga 7.14GBP tu berbaloi, senang aja..kena guna lah benda tu kan?". Terpancul ayat yang menampakkan sedikit luahan hati. Itu berlaku pada fasa pertama. Kini insyaAllah tidak lagi, konsep berlapang dada perlu diguna. Sikap 'take it easy' kadang-kadang boleh dipakai, takkan setiap hari nak merintih sedih sebab lantai basah? Jadi hari-hari selepas ini, kalau nampak lantai basah, mop sendiri; boleh exercise. Kekurangan kita yang lain mungkin mereka pula yang tampung tanpa kita sedar Lagipun teman serumah bukan macam teman berlainan bangsa seperti sebelum ni. Teman serumah kini adalah soul mates.

Jadi, banyak sangat hikmah yang kita tengok daripada semua yang berlaku. Allah didik kita dengan cara ini. Maka, sentiasalah bersangka baik dengan Allah. 

I Love Wafa' Members!


Berkelah di Hyde Park, di tengah Kota London.



Memburu tok Janggut di British Museum.



Lawatan ke Harrods, menjejaki 'the rich'.


Malamnya menghadiri pasar malam di Trafalgar Square, turut diadakan Malaysian Night, dengan persembahan batik dan kebudayaan Malaysia dan pelbagai lagi pertunjukan. Pertama kali dan cukup memberi impak. The other side of Malaysia..in the UK definitely.  Ehm.

Hikmah kembara.

Bermusafirlah..

Bumi Allah ni luas, mengapa masih memberi alasan?






Enhanced by Zemanta

7 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ustazah,saya rasa masalah kita lebih kurang la.boleh la dikatakan,mencari titik persamaan disebalik perbezaan yang banyak itu.macam saya, perihal oang makan tak basuh pinggan,masak tak kemas dapur memang mula-mula menguji kesabaran. tapi alhamdulillah,lastnya dapat diatasi dengan cara menegur dan kita yang tunjukkan sikap yang baik dulu.lepas makan kita basuh pinggan, kita kemas lepas masak.so, lama2 orang akan ikut cara kita. betulla kata ulama' "tegakkanlah daulah Islam dalam dirimu,nescaya Islam akan tertegak di tanah airmu". dalam konteks kecil, jika kita mengamalkan sikap dan akhlak yang baik, orang sekeliling kita pun akan terikut dengan sikap dan akhlak baik yang kita tonjolkan..just my two cents. wallahu'alam..:)

El-Azwar said...

rasanya, memang lumrah hidup bersama, akan ada aja benda yg kurang di mata, itulah, betul2.. Qudwah & Dakwah. sejauh mana kesabaran kita diuji, mungkin ntk mempersiapkan kita ke satu medan yg lebih besar mehnahnya. saya fikir, kalau kena belajar masak dlm kuantiti yg banyak..kdg2 xcukup, hikmahnya mgkin nak kita train dr awal masak ntk family ke lps ni..who knows. hee :)

AininSyakireenZainol said...

Thanks my dear for the good entry. :)

El-Azwar said...

Astagfirullah. Allah back to Allah. That sounds a bit expressive isn't it? hehe.. my pleasure to write. no big deal :)

El-Azwar said...

**all back to Allah

AininSyakireenZainol said...

tapi kita sebagai medium untuk sampaikan segala yang baik dari Allah. Semoga Allah redha. Insya'Allah. Terima kasih sgt2. i'm about to crying. Kuasa Allah tu tersangat besar.

El-Azwar said...

i never regret of all we've done. i believe that's all given to us for reasons. we've been tarbiah in special different ways :)