Mawar yang tempoh mekarnya seketika cuma..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allahuakbar! KebesaranMu Ya Allah, kasih sayang dan rahmatMu. Hari esokku hanya Engkau yang tahu. Mungkinkah aku masih mampu menyampaikan kalimahMu? Apakah aku masih mampu berdiri mengajak kepadaMu? Mungkin usiaku tidak cukup untuk kuhapuskan dosa-dosaku. Jadikan disetiap sujudku penyesalan.. Aku mohon di setiap doa dan tasbihku penuh rasa kehambaan dan kerendahan.. Allah..
Kasih sayangMu Ya Allah, aku dambakan sepenuh hati. Astagfirullahal'azim. Suburkanlah cinta antara kita. Ya Allah..kupohon dengan kasih sayangMu, bantu dan berilah aku jalan keluar tanpa menyakiti sesiapa pun.. Aku mencari kekuatan yang hanya Engkau sahaja mampu kurniai. Kuyakin, aturanMu penuh hikmah,.. kuyakin gerak hatiku ini juga dari kehendakMu.. Pimpinlah aku ke jalan yang benar lagi meyakinkan.. jadikan setiap lisanku dipenuhi hikmah.. serta berlapang dada mencari kebenaran. Allah..
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah, dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.. [an-Nahl :125]
Ya Allah, dalam sedar aku terlupa mengucapkan syukur. Dalam sedar aku terlupa semua ini dariMu. Dalam helaan nafas ini juga aku terlupa untuk sujud meyembahMu. Dalam hayat ini aku masih berkira-kira. Aku manusia yang kadangkala gagal menyusun keutamaan. Dan Engkau terus menghadirkan aku insan-insan yang lisannya dipenuhi hikmah. Allah...
Yakinkanlah aku akan semua yang terjadi ini rahmat dariMu. Yakinkanlah peluang yang kuterima ini nikmat yang tak pernah putus. Dan aku masih tidak tahu, sejauh mana lagi aku mampu berdiri.. bila pula aku mampu berlari. Moga tarbiah ini menjadikan aku lebih tunduk.. Moga jalan yang kupilih ini jalan yang Engkau redhai..
Allah..Allah..Allah ..

No comments:
Post a Comment