Thursday, January 26, 2012

Antara Cuak dan Demanding

Bismillahirrahmanirrahim.

Siggah melepas resah. Di tengah-tengah perbincangan untuk slot lusa. Slide masih belum saya mula. Kerunsingan dalam panasnya dahi, memaksa untuk bangun tengah malam call Naqibah. Saya cuak dan risau tentang penyampaian nanti. Bercakap soal nilai tambah dalam mengejar redha Ilahi bukan satu kerja mudah, apatah lagi untuk mengajak duduk dalam kebersamaan. Sampai bila saya nak berdiam dan berkias. Allah dah tunjukkan jalan.. Lima hari sahaja berbaki untuk letak focus yang lebih pada ini, nanti masa akan terbahagi untuk kuliah pula.

Sedar lah diri yang perlukan Allah. Merangkak membasahkan muka dengan dingin air malam. Kelemahan diri saya mungkin menghalang untuk mereka memperoleh sesuatu milik Allah. Risaunya saya.. Malam semalam ditarik masuk ke group nasyid, sengkek-sengkek ni pun nak join. Suara dah mula garau semacam. Berpeluang juga belajar suara angin mengikut tempo musik. Segan nak cerita lebih, tunggu sahaja NISE anjuran LUMSOC! 

Ya Allah saya tak tahu. Saya akui saya demanding. Perlukan lebih dari satu tempat bercerita. But Allah is the best, He responds so fast, sending me such a great accompany and clans. He guides me back on track through some special people. Teman sekatil, she 's my spill bucket too. My far away Naqibah, manusia paling banyak saya tumpahkan nangis, walaupun beliau jauh untuk shed mine. Lap sendiri lah. 

Tak dapat saya sangkal lagi, saya tersangat perlukan sentuhan manusiawi dalam bergerak. Bukan perlukan pengisian berbentuk content, bukan ilmu yang maha hebat..saya cuma perlukan pendengar, dan pemberi semangat. Saya seperti orang lemah bertopengkan manusia yang tersenyum. Pesan naqibah, ada kalanya kita perlu berlakon kuat, agar sahabat-sahabat sekeliling tidak ditempias aura negatif kita dan turut sama tsabat dalam perjuangan. Senyum. Senyum dan terus positif!

Biar di mana saya dicampakkan, halangan itu tak akan menggetarkan semangat untuk terus hidup dalam luasnya nikmat Allah. 


Dan bila tak dapat hubungi malaysia, mula lah tak kena. Ada seorang manusia yang tak suka bercerita masalah pada semua, kadang pendiam pula, hanya teman benar-benar tsiqah sahaja dia sudi bercerita. Jadi macam mana? Kan manusia perlukan support. 


Redha sahaja pada hakikat manusia perlukan telinga, dan Allah sebaik-baik Pendengar dan Penolong saya.


Jom, keluar mencari semangat baru di Fresh Market :P

Bikin slide malam ni, insyaAllah.


PadaNya kuberserah....Allah.

Enhanced by Zemanta

No comments: