Bismillahirrahmanirrahim.
“Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
Suram...
Sesuram gerimis di hati.
Mengapa kau menangis wahai diri?
Merasakan dunia tak lagi bererti.
Adakah kau meragui kasihnya Ilahi?
Mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu?
Kau mencari-cari..
Meraba-raba dalam gelap hatimu.
Bingung..Nanar..dalam ramai.
Tak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi.
Kau menanti, bilakah akan kau peroleh apa yang kau harapkan.
Merasakan Tuhan tak lagi endah padamu.
Tak lagi sudi memandangmu.
Jangan begitu wahai diri.
Dengarkan apa kata Tuhanmu.
"Hai anak Adam! Sesungguhnya engkau selama mana kau berdoa dan berharap padaKu.
Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau, dan Aku tidak peduli.
Hai anak Adam! Kalau tela sampai sekalian dosa engkau ke awan langit,
kemudian itu, engkau memohon keampunanKu, nescaya Aku ampuni bagi engkau.
Hai anak Adam! Sesungguhnya, kalau engkau datang kepadaKu dengan kesalahan-kesalahansepenuh bumi (ini), kemudian engkau menemuiKu, padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi".
[Hadith Riwayat Tirmizi]
Wahai diri, engkau jiwa yang baik.. Jiwa yang rindu.
Cuma engkau keliru.
Mengapa masih menzalimi diri?
Sedangkan dirimu tak berhak disakiti.
Jasad dan rohmu anugerah terindah dari Ilahi.
Maka mengapa tegar melukai?
Engkau jiwa tegar dikasihi Tuhan.
Engkau jiwa hebat berpotensi menyengat.
Engkau jiwa kebal yang lali pada ujian
Engkau sebenarnya bercita-cita tinggi,
lalu mengapa memilih untuk terus disakiti?
Jangan begitu, wahai diri..
Sungguh, engkau sentiasa punya satu lagi pilihan,
Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan bertuhan,
Kembali berteduh di bawah redup kasih Ilahi.
Kembali kepada Dia.
Usah takut wahai diri.
Bukankah mereka bersamamu?
Menyokongmu,
Memimpinmu,
Tika kau bertatih di jalan ini.
yang pasti engkau tidak sendiri,
Kerana masih ada yang menyayangimu.
"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
[Al-Anfal:63]
Oleh itu, yakinlah dan teguhkan derapan langkahmu di jalan ini.
Yakin, Allah bersamamu di setiap langkahmu.
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati,
kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman".
[Ali-Imran:139]
copied from this video:
No comments:
Post a Comment