Monday, February 20, 2012

Angry Bird on Stage




سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


Ayah, everytime I call him, he will ask 'Dah call Mak?' Ehm. I don't know why.. Semalam saya call Mak, but she wasn't answered. Then Ayah replied, semalam Mak letak handphone memana entah, lepas check baru perasan ada missed call and I didn't call her back sebab di Malysia dah lewat malam. Esok lah...nak bagitahu Mak yang imam Hassan dah kahwin :P Tak..tak..sebenarnya tak sabar nak cerita pasal nasyid. Ya...nasyid....bukan debat. Anak mak ni masuk nasyid! Rasanya lepas form 4 dah janji nak retire..oh masuk juga lagi. Allah sahajalah sebaik-baik Perancang.

Bercerita tentang NISE, Nisa' Nasyid Extravanganza 2012. Saya mulanya bukanlah dipilih untuk menyertai dari awal. Taqdir pada malam saya temankan kawan ke tempat latihan, saya miliki niat lain sebenarnya. Dan Allah lebih baik perancangannya, mungkin saya perlu masuk NISE dulu kot. Sedapkan hati.. Niat itu saya tangguhkan. Jika nak turutkan kemahuan asal, saya sangat..sangat..sangat nak ikut Debat Intelektual di Manchester yang berlangsung pada tarikh yang sama. Ticket sahabat saya dah belikan, tangan pula ditarik untuk turut sertai. Apa pun, Allah sudah meletakkan saya pada sekian tarikh di Leeds untuk menyentuh hati-hati muslimah di sana. Alhamdulillah. Ada air mata yang tumpah.. Subhanallah.

A complete team. Thanks to our team manager, supporters, pianist, guitarist and singers. ops!





Kami tak menang dalam pertandingan, saya yakin kami menang di hati penonton dengan mesej yang besar. Kali pertama Portsmouth menyertai NISE, sejak 5 tahun dianjurkan. Pengalaman pertama yang sangat bermakna. Saya kagum dengan kesungguhan sahabat mencipta dua buah lagu untuk NISE, disiplin dalam latihan, dan kerjasama semua pihak untuk menyampaikan mesej melalui nasyid. Lagu-lagu yang saya sendiri in love with, 'Ideal Muslimah' dan 'Bestfriends till Jannah', yang berkisar tentang 10 Muwasaffat Tarbiah dan Doa seorang sahabat. 100% originality goes to ours. Cewah.. betullah, sahabat saya cipta lirik dan compose sepenuhnya kedua-dua. Credit to her.

Cuma, kalau tengok pada cara semua kumpulan dalam bertanding, saya dapat simpulkan bahawa, tips untuk menang ialah gimik yang wow seperti lakonan, sajak, dialogue, bertukar-tukar pakaian, iaitu bukanlah sepenuhnya tertumpu kepada lagu semata-mata. Pemenang pertama sangat gah bersilat berlatarkan lagu semerah padi. Impressive! Kumpulan-kumpulan pemenang seingat saya menyanyikan lebih dari tiga buah lagu, samada lagu asal penyanyi dalam dan luar negara ataupun liriknya sahaja ditukar. Ada rentak 'westlife', 'hambamu'..I know that songs. Rancak. Bayangkanlah lagu 'Puteriku Sayang' itu sahaja dua kumpulan dah bawa. Saya tak nafikan, lirik tu sangat kena pada tema. Tahniah pada semua :)

...dan tema tahun ini ialah MERAH. Saya pakai tudung merah pinjam, skirt merah pinjam, blouse putih pinjam, dan cardigan hitam pinjam. dan head band ber'ribbon merah. So not me untuk sengaja pinjam barang orang melainkan kena pinjam. Jazakumullahkhair atas semua pertolongan. But, how embarassing.. T.T  Tapi saya gagahi jua, rasanya peratus warna merah hari tu paling tinggi dalam sejarah penampilan saya. Sesekali. hikhik~   Sengaja taknak ambil gambar in full attire masa on stage. Saya tak boleh simpan perasaan malu tu. Biarlah ia bersemadi dalam ingatan. Huu~

Not to forget, our trademark on stage! Angry bird [Ghadibal Thiyur] 
Rasa comfy je pakai on stage. Kihkih~



Alhamdulillah. Tiada perkataan lain selain syukur yang dapat saya utarakan apabila juri sendiri menyebut tentang lagu yang kami sampaikan. Bertambah terharu apabila bersalaman dengan penonton, ada yang mahukan video. Ada yang teharu dengan mesej.. Saya ingat MC majlis je menangis masa performance tu..eh, performance pulak. Hehe. Bila tengok semula video, kami memang gaya seperti buat konsert, bukan gaya nak bertanding. Takde pun silat, lakonan mahupun sajak atas pentas tu. Gaya bersahaja, melontarkan suara angin, halus, dan cuba kekalkan keharmonian suara dan riak wajah yang happy. Menyampaikan lagu sepenuh perasaan, kena feel kot. Saya dah mula rindu team 'Ghadibal Thiyur' saya... What a great experience we have been through. Rindunyaa..





Semoga ukhuwah antara kita terus erat dan bertambah kuat.

Seperti dalam ucapan saya sebelum persembahan lagu ke-2

"Meskipun kita semua akan pergi jauh, marilah sama-sama kita memperkuatkan ukhuwah antara kita untuk membina ummah.."


Lagu ni tiada kaitan dengan NISE, mungkin ia berkait dengan perasaan saya pada saat ini.

Allahu Allah..

Hanya cintaMu kuharap tumbuh dibajai bangkai dunia yang kubunuh.



Enhanced by Zemanta

No comments: