سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Kadang kita terlupa, kita rasa ujian yang kita terima paling besar Allah beri. Kita sebenarnya lupa, ramai lagi yang diuji dengan lebih besar bentuk ujiannya. Bersabarlah, jika kita rasakan kita paling teruk diuji, ingatlah umat terdahulu lebih teruk diuji..hingga ada yang digergaji kepalanya. Allah.. kita ni tak seberapa pun fikir balik.
" Allah bersama kita. Allah bersama kita. Allah bersama kita "
Saya cuba kuatkan hati , tetapi saya tak berjaya pertahankan riak bila menyentuh soal nasib rantai dakwah masa hadapan. Adakah saya masih bersama dalam perjuangan ini? Lebih risau memikirkan nasib diri di tanah air. Mampukah saya mempertahankannya? Allahuakbar. Hari ini saya ditegur dan ditanya, di saat tamparan semalam masih berbekas. Memang tak diduga dan tak disangka. Allah, saya tertanya-tanya apa hikmahnya ujian berbentuk sebegini rupa. Yakini saya..saya mampu melaluinya. Terngiang-ngiang kata-kata semangat dan doa' :
"Akmar boleh..sebab tu Allah bagi"
"Semoga kelembutan yang ada pada penyampaian akan melembutkan hati-hati disekeliling"
"Moga Allah beri jodoh yang terbaik buat Akmar"
^__^
Ni pun nak letak!
aamin~
There is no mistakes in life, only lesson.
Alhamdulillah, masih ada lagi suara-suara yang datang mencurah-curah memberi nasihat, cadangan, sentuhan. Subhanallah. Baiknya Allah kita. Dia beri ujian dengan package sekali; ujian dan pujukan. Perasaannya tidak kurang seperti memperoleh seorang Murabbi baru. Jazakumullahkhairan jazaa. Allah meletak hambanya sesuai pada tempatnya. Bagaimana hari-hari selepas ini? Apa lagi kejutan yang bakal ditempuh? Siapa lagi muka-muka baru arena perjuangan yang bakal didepani? Bentuk apa lagi ujian dakwah bakal dihadapi? All are pleased welcome. Moga Allah memberi kami kekuatan. Hasbunallah Wani'mal Wakeel.
Hadiah malam ni, sekarang saya dah jumpa a person I look up that has the same point of view with me in tackling issue. Suka bila debat malam ni menghuraikan 'Kenyataan "Man Cannot be God" ' in a very logical reasons. Kenapa Saami Zaatari tidak membawa lambakan hujah-hujah daripada holy scriptures malah lebih selesa meyakinkan audience dengan analogi yang tidak lari jauh daripada al-quran dan sunnah? Lebih mudah nak terima dan faham bukan? Sama juga pendekatan yang saya cuba bawa dalam sisters sharing sebelum ini.
Itu pendekatan perbincangan yang setara. Setara bagaimana? Setara dari sudut tahap pemikiran yang tak lari jauh, semua audience boleh terima dan yang paling penting boleh response dengan baik kerana tahap perbincangan itu sesuai. Saya sangat yakin perbincangan analogi dan rasional sememangnya mampu mewujudkan perbincangan dan respond dari ramai pihak dan peringkat umur memandangkan kami di sini bukanlah ahli dalam ilmu hadith, feqah, mahupun tafsir.
Mengambil ruh perdebatan, secara ataurannya memang kita tidak boleh menggunakan mana-mana ayat al-quran dan hadith dalam mempertahankan hujah. Sebolehnya kita perlu membina hujah dengan fakta, bukti yang nyata. Kenapa? Saya yakin itu untuk mewujudkan kefahaman yang lebih mudah diterima dan meyakinkan.Jika dengan hujah rasional sahaja sudah mampu meyakinkan lawan, apatah lagi jika disokong oleh al-quran dan hadith yang pastinya akan buat tetamu kita terdiam..jika kena pada situasinya. Itulah sebabnya, kita bukan mahu mendiamkan lawan.
Sebagai kesimpulannya, kenali audience atau mad'u kita, persiapkan diri dengan hujah yang matang dari segi rasional, Jika perlu membawa nas-nas al-quran dan hadith, itu lebih baik cuma perlu kena dengan situasi. Secara logiknya disini pun. dalam kita mahu meyakinkan seseorang yang tak pernah tahu menahu tentang islam dan cara hidupnya, adalah rasional jika didekati dengan hujah berbentuk santai dan logik. Boleh je nak terus bahan dengan firman Allah, tapi sejauh mana mad'u tersebut akan faham dan terima melainkan perlu ada keterangan yang boleh merasionalkannya.
Memberi biarlah difahami, bukan?
Saya cukup pantang apabila soalan tak dijawab. Bukan dijawab salah, tetapi lain ditanya lain dijawabnya. Melencong ke mana-mana. Ke saya yang tak faham? Memang pantang..pantang..pantanglah. [Garangkan?] Nadanya lebih kepada Frustrating actually.. Tahu kan rasa frust macam mana? Hehehe.. Debat mungkin bukan cara dakwah yang terbaik, tetapi saya yakin wadah ini mampu menambah faham dan membuka mata bagi yang berniat keranaNya. InsyaAllah.
Wallahuta'alaa'lam
Fuh!
2 comments:
tak suka perdebatan..(T-T)
Bukan semua isu harus ditangani dgn debat, selagi mana mampu ditegur cara baik, kita teruskan. Debat salah satu cara dua pihak yg jurang idea dan characternya terlalu jauh, hingga kesepakatan dan kesefahaman hanya mampu diraih dengan debat dimana org tgh menainkan peranan yg penting.
Seorang pemimpin wajar memiliki kualiti seorang penghujah yg baik. wallahua'lam^^
Post a Comment