بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Entry ni bertarikh seminggu sebelum semester lepas berakhir, sebelum jaulah, sebelum submission lagi, saya sengaja nak post...
Honey Nut Cornflakes saya kunyah tak henti-henti sambil jari-jari juga rancak menghempas keyboard. Ketagihan. Alang-alang sesat dari Tesco, biar makan betul-betul. Banyaknya cornflakes tu sampaikan bukan semasa senggang sahaja dikunyah, dalam usrah pun, sampailah ke Bristol juga dibawa sebagai bekal, akhirnya berjaya dihabiskan di rumah juga. Mungkin itu namanya berkat. 750g dikongsi entah berapa orang. Alhamdulillah. Saya bukan nak bercerita tentang enaknya honey cornflakes, tapi tentang peranan yang lebih besar.
Dalam kita bersama struggle meraih cinta Allah, kadang-kadang saya lupa haq manusia lain. Kebelakangan ini, saya perasan saya asyik lupa. Mungkin ke saya tak ambil kisah sangat small things around me currently. Dahulu, saya jarang lupa siapa presenter setiap kali usrah. Kini saya boleh lupa bahawa presenter yang dah bentang pun boleh tertukar lagi. Adakah kerana saya diajar untuk tidak meletak sebarang expectation dalam usrah? Saya diajar untuk tidak menganggap usrah itu tempat menimba ilmu untuk mengelak kekecewaan, bukan juga satu rutin mingguan, tapi usrah tempat saya berukhwah dan membina roh perjuangan. Mungkin sebab itu, usrah menjadi kemestian bukan sebagai rutin mingguan yang mana boleh diletaktepi bila datang keutamaan lain.
Saya seharusnya redha apabila kadang-kadang Allah ciptakan sifat pelupa, jika difikirkan kembali, sekiranya semua perkara saya ingat serentak, pasti hidup lebih serabut jadinya. Kuliah, Tutorial, Assignments, Weekly Non-stoppable Task, E-portfolio, dan tanggungjawab lain yang tak kurang keutamaannya seperti usrah, online sirah, meeting, dan proposal akhirat lain. Keutamaan-keutamaan yang harus dipandang serius setiap satunya. Saya mohon Allah tetapkan prinsip saya tahun ini, sekali-kali tidak akan ponteng kelas tanpa sebab munasabah. Alhamdulillah, prinsip yang sedikit-sedikit mengikis rasa malas. Semester ke-3 berbaki seminggu, 11 weeks just passed! After week 12, saya isytihar 100% Attendance by Allah Wishes. Doakan.
Meskipun kadang kala kuliah yang saya hadiri susah sangat nak diberi tumpuan, selalu saja hilang fokus. Kata Ustaz, menghadiri majlis itu sudah cukup diberkati Allah, walaupun kita tidur dalam majlis ilmu. Melihat guru mengajar, menghormati penat lelahnya bersedia untuk seminar dan kuliah, sedikit sebanyak mengajar saya bertoleransi dengan manusia sekeliling. Saya cuba untuk tak lagi meletakkan expectation yang tinggi dalam mana-mana perkara. Saya akui, amat sedih sekiranya apa yang kita anjurkan tidak dirai. Bukan tidak dirai sebenarnya, pasti ada halangan yang terpaksa dilalui pihak lain yang juga mengharapkan pemahaman dari diri kita.
Erti kata lain, guru yang ingin mengajar pastinya bersedia dengan pelbagai bahan dan input, apa perasaannya jika hampir separuh pelajar tidak hadir ke kelas. Jika saya ditempatnya, pasti menangis. Sekarang, keadaan dan sejarah yang berlaku di depan mata buat saya kagum dengan sikap pensyarah saya yang sentiasa bersangka baik dengan pelajarnya. Saya redha beliau sebagai guru yang mana beliau bukan sahaja memberi ilmu bahkan turut berjaya mendidik rohani dan metal kami. Hebatnya wanita.
Berbalik kepada sifat lupa tadi, rasanya kita tak akan lupa sesuatu yang kita perlukan. Manusia bukan sempurna, selagi mana kita masih mahu merasai manisnya ukhuwah, indahnya tarbiah, pasti kita takkan lupa dengan jalan yang perlu kita ambil.
Berbalik kepada sifat lupa tadi, rasanya kita tak akan lupa sesuatu yang kita perlukan. Manusia bukan sempurna, selagi mana kita masih mahu merasai manisnya ukhuwah, indahnya tarbiah, pasti kita takkan lupa dengan jalan yang perlu kita ambil.
Seberapa banyak kita lupa dengan janji kita pada Allah, namun
Allah tak pernah lupa dengan janjiNya. Pasti setiap apa yang kita lakukan akan dibalas setimpal tanpa kurang sedikit pun. Insya'Allah :)
Baiknya Allah..
Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan semester lepas dengan 100% kehadiran, sekarang cuak semakin cuak menanti result yang satu per satu muncul di portal. Allah...bagilah kekuatan.

2 comments:
banyak sangat kerja tu, semoga tabah.insya Allah, Allah will be always with you..seeru a'la barakatillah..:)
Ehm.think so.. InsyaAllah. same goes to you.aamin :)
Post a Comment