Thursday, February 9, 2012

I thought I'm funny



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

Saya dah lama tak update tentang isu akademik mahupun bersifat ilmiah di blog. Mungkin saya dah jadikan FB tempat saya simpan nota, jadi blog tempat saya simpan perasaan pulak. Ok, rasional kot.. Lah, rasanya dah lama kot :P

Empat malam berturut-turut saya perlu ikut perbincangan. Malam ni saya tunggu sambil jari berlari atas keyboard. Dah masuk minggu ke dua kuliah berjalan, walau ada semangat baru tapi saya selalu letih. Otak tak lekang dengan lebih dari satu agenda dan masalah, tak bersusun jadinya. Kalau bukan dengan teknikal, pasti dengan jiwa-jiwa sekitar. Kadang ada yang terbeku macam tu sahaja. Oh..tidak..tidak.. Tak boleh begitu T.T Bila berjalan balik seorang, saya sengajakan diri singgah di library walau sekejap, menumpang hangatnya library. heuheu~

It's hard for me to multi-task

crying..crying..crying


Saya rasa penat mungkin sebab saya sakit 'rindu' :(

Rindu mak dan ayah.
Amelia mesti dah dewasa. Dalam gambar pun 'dewasa' dah. Hik ^^

Tiga hari lepas, salah seorang sahabat saya beri komen yang buat saya berfikir sampai hari ini. Dalam kerancakan berbual soal perbelanjaan semester depan, terselit isu budget kahwin. Memang saya akui, saya terkejut besar lepas satu per satu kira-kira dibuat. Ya Allah...mahalnya! Ayah baru pesan simpan duit paling kurang 10ribu untuk kereta. Ni macam mana ni ? Kereta ke mana, kenduri ke mana..duit tak tersimpan-simpan jugak :P Saya perlu ada budget mantap jugak macam ni. Tak boleh ke saya tumpang kereta suami je nanti? Rumah pun saya tumpang dia punya. Kan sharing is caring.

Ayah suruh beli kereta, kenapa ayah tak pernah suruh saya simpan untuk kahwin? 

Berbalik kepada tema perbincangan, masing-masing dah bersedia mungkin bila budget kahwin dah masuk list.  Saya doakan semua dipermudahkan, yang dah berjumpa tidak dilengahkan urusan seterusnya, yang belum lagi tak perlu kucar lagi, follow the flow. Sempat juga saya beri nasihat, suruh dia istikarah.. dan istikarah. Cakap orang memang pandai, seingat saya..saya istikarah untuk 'persatuan' je kot. Memang suka tengok orang berfikir dan bincang soal jodoh..fikir benda baik kan. Sangat baik kot daripada berbual soal bukan-bukan.

Berbalik semula pada komen sahabat saya yang buat saya tak lupa nak fikir. Kata-kata yang mencuit hati, hairan juga saya kenapa terbawa-bawa dalam otak. Betul ke saya tak nampak macam orang yang ada niat nak kahwin? Tambahnya lagi, kerana saya 'nampak' sibuk dengan hal-hal lain. Orang takut nak approach.

"...selalu turun padang"
.
.
.
.
.


Hakikatnya, tidak pun. Saya tak serious. Nampak je busy..cuba ajak main :P 

Bukan BUSY tapi LAZY nak fikir.

Ya Allah, kalau begini caranya saya uruskan masa. Diri sendiri pun terkapai-kapai. Bagaimana saya mampu nak fikir tentang my other half punya routine? Fikir tak? Mestilah kena fikir jugak one day. Betul lah sahabat saya pesan, kena cari yang faham betul-betul. Yang boleh bergerak bersama lagi bagus. Hurmmmm. Susah tu. Saya sedar ikhwah kita ni sikit..dah sikit cerewet pulak. Kita yang serba  kurang ni lagi terkebelakang ni kenalah bersabar. Biar je dulu. Kena rasional sikit kekadang. 

Sesekali saya suka bermanja dengan abang, tanya itu ini. Siapa lagi nak bermanja kalau bukan abang yang sorang, adik dah masuk fasa fokus SPM. Mak Ayah sibuk. Tsk..tsk! Ok, saya akhiri luahan malam sampai di sini sahaja. Hari esok menginginkan saya bertenaga dan bersemangat untuk mengasah minda dan bicara. 

Masa remaja saya hanya tinggal tak lama. Remaja? Saya tak tahu berapa tika sahaja yang berbaki. Tiada lagi masa bersuka-suka, berkenal-kenal mesra... bak kata abang, 'follow the flow'. Kan banyak nak kena belajar, huu~ Saya hairan..ada orang takut dengan saya ke? Sebab saya suka berdialogue kot :P I thought I am funny :P


Alhamdulillah, salji baru turun :) Trr..trr..trr.. saya nak tidoq.
Enhanced by Zemanta

No comments: