Bismillah~
Akmar yang 'Happy' hari ini :P
Doa dan pesanan Emak pagi tadi buat saya happy sampailah..
..panggilan diterima, sangkaan meleset, saya tak reti menolak. Malam saya dipinjam lagi untuk ini. Kegembiraan subuh tadi selepas menghantar buku program hanya bersifat sementara. Keringat perlu ditabur untuk pameran yang mana konsepnya saya masih tak dapat bayangkan. I love it, but i'm not sure i can do better this time. Dah suntuk. Kali ini, saya menurut sahaja. Bingkas saya bangun selepas dirasakan semua sudah selesai, selesai di peringkat perbincangan.
Saya tak lupa tentang masa saya amat terhad. Sebaik pulang dari meeting, dada dah terasa sebu. Saya lupa esok hari saya memasak. Ayam beku saya keluarkan. Esok saya perlu print pair work task, harap-harap sempat. Esok juga hari yang tinggal untuk Language Awareness Proforma! Dan pastinya hujung minggu ini saya tak dapat infaqkan masa saya bersama sahabat jauhan membasahkan jiwa bersama sebab..sebab..kena siapkan voluntary job. Saya terasa disingkirkan lagi. Again and again. Moga Allah memberi saya peluang yang lebih baik. Boleh je kan nak request pengisian dari kawan, itu namanya daei spontan.
Entah kenapa sebak semacam, makan piza pun sambil bercicah dengan air mata. Saya bukan marahkan tugas, saya sensitif dengan sikap sendiri. Ya Allah, kenapa macam ni? Boleh tak saya lebih bersabar? Nak tampar sikit? T.T Transition mood saya ni ambil masa..paksa diri muhasabah. Ya Allah, jangan biar saya kalah dengan ujian kecil ni. Saat luahan ini ditulis, Allah datangkan seorang hamba meminta pertolongan.
Terima! Terima! Terima!
Alhamdulillah, pertolongan simple je. Syukur sebab tidak tewas dengan penat.
Tak dapat saya lupakan tempoh ini, berhubung dengan bermacam orang dalam satu masa. Mesej perlu direply mengikut formality dan tone berbeza. Kadang terlupa, nak buat macam mana iphone batterynya separuh hari ja, hingga tersedar mereka juga manusia. Sebagaimana saya geram manusia tak balas text saya, begitulah juga saya perlu fahami keadaan yang sama. Saya tak boleh lupa,manusia tahu lupa. Semoga banyak hikmah terselit atas semua ini. Jadi tukang masak sampai ke tugas ketua module sekalipun, tarbiah Allah pasti ada. Allahuakbar!
Oh, terlupa. Semadikan air tangan brsama team marketing kami di sini.
Sekadar pengubat penat seharian..saya tak tipu, saya betul penat.
Tapi saya tetap optimis untuk teruskan hidup! :)
Ini muka depan buku program
Malaysian Night
Semoga dengan ujian yang kami terima membuatkan kami lebih dekat denganMu ya Allah.
Peace! :)
2 comments:
Salam akmar nabila,
things that don't kill us will only make us stronger..
Allah will not burden a soul more than it can take.test, indeed, we need to go though in life at some point.if we still live next week, look back at today with relief. insyaallah. :)
wa'alaikumusslam wbt,
A strong Ayat, jazakillahkhair T.T
Sometimes, I feel so weak and small . cannot deny tht I have to bear it all without question.
Alhamdulillah hari ini berlalu dengan baik, lebih tenang dan kuat!
Indahnya sabar~ Again, thank you Ayat! ^^
Post a Comment