Monday, April 23, 2012

Kembali Bersekolah

Bismillahirrahmanirrahim

Mr. Lappy...

Bersila di hujung katil, laptop diangkat berlapikkan buku tebal 'Encyclopedia of World History', bila lah nak belikan laptop ni cooler baru. Kesian dia. Demi menyambut hari pertama sekolah, saya kosongkan my beloved lappy ni dari keserabutan data dan files. Seperti selalu, saya tak kan biarkan file bertapa dalam drive lama-lama, risau. Semua disusun masuk ke folder masing-masing. Lega, harap Mr Lappy pun lega. So far, you are doing fine right? Masih lincah dan pantas, keep up good job Lappy! Kes graphic or screen video yang bermasalah tu saya tangguhkan, hopefully tips yang abang pesan berkali-kali sebelum ni berkesan. Si battery  macam dah tak dapat diselamatkan. Dah sampai masanya dia bersemadi mungkin. Dari kemampuan beliau menampung 2 hours power kebiasaannya, sedar-sedar kini 0%, not even charging. Kat bilik saya tak guna pun. Beliau menemui nasib yang sama dengan Dell milik my mommy. Saya akan fikirkan tentang pembelian battery baru...nanti lah T.T  Mungkin, hikmahnya..saya perlu berlembut dan lebih protective to Mr Lappy, yelah..dah berapa kali awak jatuh katil kan. Sorry!

Switching mode into our favorite routine! Kembali ke kuliah! Kelas hari Isnin paling cool, pukul 4-6p.m. Sekarang saya masih bertapa di atas katil, mencuri masa mencoret laman tersayang. Hujan di luar nampak belum ada tanda-tanda mahu surut. Tadi saya buka MobTV, mengambil sedikit ruh Malaysia sebagai bekal hari ini, bekal tu dah disampaikan sesi makan tengah hari tadi. Luah saya, bangun tadi saya bersyukur sangat dapat tidur dalam kehangat duvet, setibanya dua sahabat saya dari kelas pagi dalam basah kuyup sebab hujan. Saya titipkan rasa syukur lagi, kasihan dyeorg berbasah-basah dari kelas. Kemudian saya sambung, dah masuk hari ke-9 Mahasiswa berkampung di Dataran Merdeka, apalah nasib dan keadaan di sana, saya enak berselimut tebal kat sini. Semua ambil masa mencerna, saya faham masing-masing cuba memahami keadaan sahabat-sahabat di tanah air memperjuangkan yang haq.

Hari dah masuk hari pertama kuliah, mood masih relax macam bercuti.

Alhamdulillah, hasil tangkapan sample of research sebagai bekal workshop nanti sedikit sebanyak membantu dalam research design saya. Hopefully sesi peer checking kejap lagi lebih membantu pengolahan soalan. Semoga kami semua dipermudahkan urusan dalam bidang kajian masing-masing. Saya agak cuak menanti commentaries on my research proposal. May Allah ease our mind. aamin :)

Jom bersiap ke kelas! ^__^

No comments: