.:: سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ::.
Ini surat yang nak dilipat ke dalam botol dan dicampak ke laut..
Betul kata sahabat rapat, dalam nak membuang kisah silam sejauh mungkin, fahami dan redha atasnya dahulu. Pendek kata, "Sort things out first". Kehadapan sahabat-sahabat yang dahulunya pernah kita bertemu lutut, dan entah mengapa kini tidak lagi. Kalian mungkin dah tidak berminat mengetahuinya, tapi tidak bagi saya, selagi belum betul-betul selesai, ia kekal sebagai 'unfinished'.Terima kasih kerana membuatkan saya rasa sentiasa diuji, buat saya merasai itu lumrah berjuang. Bagi saya, ujian ini cukup besar buat seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya. Moga pertemuan kita dahulu dan perpisahan liqa' kita kini adalah semata-mata kerana Allah. Ketahuilah, di setiap muhasabah tentang kita, terselit pengharapan yang tinggi terhadap jawapan dari kalian. Walaubagaimanapun, jika bukan di dunia, saya akur untuk ketemui jawapannya di sana. Saya redha untuk kesekian kalinya.
Sejarah kita dahulu, tersimpan kemas, insyaAllah. Saya masih ingat, pantang mesej diterima dari naqibah yang ingin turun, cepat-cepat saya panjangkan kepada semua sahabat sebulatan, bertanyakan kelapangan dan tempat liqa' seterusnya. Masih segar dalam ingatan suasana berbulatan gembira kita dahulu. Kini tidak lagi. Di saat saya rasa dibuang, apakah sebenarnya situasi kalian? Saya benar-benar ingin tahu. Ketahuilah, saya benar-benar menunggu pertanyaan dari kalian di saat itu, tapi hanya ditemani sepi. Hari berganti minggu dan bulan, selepas itu keadaan umpama dua dunia berbeza. Tahukah kalian betapa gerunnya apabila merasa bagai seorang yang disaring dari perjuangan? Ketakutan yang saya masih rasai dan pastinya memberi bekas yang dalam. Itu rupanya rasa bagi permulaan sebuah perjuangan. Saya betulkan semula, itu adalah rasa permulaan sebuah perjuangan yang baru bermula. Bukan sebuah pengakhiran.
Wahai sahabat, apa sebenarnya yang memisahkan kita? Kenapa kita dipisahkan sebegitu cara? Allahurabbi, inikah caranya manusia disaring? Astagfirullah. Saya ditinggalkan dengan satu jawapan pada malam yang kian samar, iaitu kerana "Manual kita berbeza". Bukankah malam itu menjadi saksi akan kesanggupan kami bersama kalian sekiranya mampu? Ketahuilah, saya tidak pernah menolak dakwah yang kita pernah lalui bersama. Tidak pernah menolak mahupun meminta dikeluarkan. Erti kata lain, kami terpinga lalu beralih membetulkan semula saf perjuangan yakni saf yang kami yakini sedari dulu. Walaupun begitu berakhirnya cerita tentang bulatan kita, saya yakin kalian kini mungkin lebih tsiqah, lebih tsabat, lebih dari segala sudut. Saya yakin masing-masing bersemangat ber'fastabiqulkhairat, saya ingat itu trademark yang saya pakai dahulu..insyaAllah saya cuba pegang sampai saat ini. Kalian pasti lebih-lebih lagi. Entah kenapa, apabila terfikir sahaja kalian, jiwa bagai disentap. Saya doakan kalian dengan harapan khilaf selama ini dimaafkan, jangan bimbang saya dah maafkan kalian. Opps. Terperasan jadi mangsa keadaan pulak ;P
Sahabat, saya menulis kerana mahu rungkaikan semula simpulan yang dahulu cuba dirungkaikan. Meronta-ronta dilepaskan agar perjalanan di depan tidak lagi dipenuhi dengan kemuncup yang sama. Meskipun saya sentiasa kategorikannya sebagai kemuncup, saya tidak dapat membohongi diri sendiri bahawa kemuncup itulah yang terpaksa saya depani sepanjang kehidupan di atas medan yang terbahagi ini. Dalam banyak-banyak perkara untuk difikirkan, pernahkah kalian terfikir apa sebenarnya yang kita mahukan daripada kehidupan ini? Buat sahabat yang kini tidak lagi sepermainan, saya rindu kalian. Rindu hinggakan sebu di dada ini hampir termuntah. Rindu yang tak dapat dibendung lagi, saya hanya mampu menyeka tangis yang sering tumpah. Saya rindu sentuhan kalian. Namun, apa yang berlaku mengajar saya terus kuat, dugaan bertandang kian hebat, Allah sahajalah tempat bergantung. Kalian pastinya lebih memahami, saya doakan kalian juga terus tsabat di atas jalan yang kalian yakini.
Fahamilah, saya mahu bahagiakan semua orang di sekeliling, mewujudkan suasana selesa antara semua tanpa sebarang rasa berselindung, tapi saya akui saya gagal. Of all things that had happened through this stage, now i realized that something doesn't goes right. I have a very strong feeling that between us there're barriers being built. The barrier that keeps the sadness out also keep out the joy. Kita terlupa satu inci dari panjang garis senyuman lalu. Are we living in the different world? Jika tidak, mengapa senyuman itu kadang terasa asing? Oh, senyum dan tertawalah seadanya. Wahai sahabat2 di kejauhan, saya rindu. Jika diputarkan semula masa sekalipun, saya pasti akan memilih jalan ini. Namun saya masih tercari-cari di mana silap yang harus diperbetulkan. Di mana silap saya, sahabatku? Saya kasihan setiap kali mendengar kisah yang sama berulang pada jasad berbeza. Rupanya ia satu pattern. Saya yakin kita adalah mangsa keadaan yang telah belajar darinya. Semoga Allah membimbing kita semua kepada kebenaran.
Saya sedar penulisan ini sangat berpihak. Sangat bersifat kontektual. Mungkin tiada dari kalian yang menyoroti ayat-ayat penuh kehampaan ini. Maaf sekali lagi, sekadar meluruskan simpulan yang berkusut. Kesabaran seharusnya disertai dengan ketenangan, bukan kesakitan. Saya penat memujuk hati, hati yang seharusnya bersikap lebih tunduk. Saya berharap dewasa kita, dewasa yang penuh dengan kematangan berfikir dan kematangan bertindak. Moga kita semua memperoleh mardhatillah seperti yang sering kalian dan diri ini sebutkan. Berjuanglah dan teruslah berjuang dengan cara masing-masing, jahiliah kini sudah pandai bersilat sedang kita masih belajar untuk berpimpin tangan..
Astagfirullahala'zim
2 comments:
Assalamualaikum.
i felt the same way you do. sometimes i just don't get it, just because we have different opinions and ways, things have to be the way it is today? that invisible barrier keeps us apart from them. no matter how hard i tried to act as if nothing is different, but it seems to fail me, always. jika ikatan ukhuwah yang dibina betul2 berteraskan aqidah, aku yakin, satu hari nanti kita akan bertemu dengan titik persamaan tu. untuk rasa kebersamaan tu, pasti ada harga yang perlu dibayar. kita baru bermula, akmar. medan juang sebenar kita jauh lagi.. mungkin apa yang kita lalui sekarang tengah prepare kita untuk bersedia hadapi situasi yang lagi dahsyat dari ni? we still have each other :)
Wa'alaikumussalam warohmatullah bt,
Betul tu Raff, kadang2 dalam kita trying hard in getting use to the rhythm, kita rindu saat2 bermain bersama dulu. Cuma, nak buang terus sejarah tak best tu mmg tak dapat lah kan. Sedih la Raff bila dengar kisah yg sama berlaku kat org lain. Things never change. I don't think it should be that way, kesian lah..
Exactly, we should be more than grateful walopun jarak memisahkan tp hati kita tak pernah ada jarak kan. hehe Alhamdulillah! ^__^
Post a Comment