Tuesday, June 26, 2012

Pelajar Tahun Akhir


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ 

Alhamdulillah, Allah izinkan lagi bernafas hingga detik ini. Populasi Malaysian di UK dah susut sikit demi sedikit, paling drastik terasa sewaktu kepulangan senior Portsmouth. Sayu. Hiba. Panas je mata menahan agar tak tumpah. Sampai sahaja di rumah, perasaan bercampur  tu lebih terasa. Teringat satu per satu amanat dari senior. Berterima kasih tak terhingga, bukan sahaja nasihat ditinggalkan, dari sebesar-besar iron board sampai lah ke rempah ratus turut diwariskan. Huu. Perasaan hilang kian menebal. Tumpah.

Rasanya ramai yang faham akan rasa hilang teman rujukan, teman bermain. Cukuplah dua hari bergelumang dengan perasaan kehilangan tu. InsyaAllah, mereka tetap ada dalam doa, walaupun semua saat bersama tidak dirakam kemas. Moga ukhuwah yang terbina selepas dihimpunkan atas jalan ini akan kekal walau jasad tidak lagi bersama. Hidup perlu diteruskan. Masa untuk menghargai mereka yang masih ada, mereka yang ada di depan mata. 



We'll definitely miss you, Kak Fifi & Kak Nabila.


Saya baru sedar, cuti summer belum betul-betul mula lagi, sesi terakhir dua hari lagi (28.6.2012) untuk 'Investigating School & Education' slot untuk peer checking on our research report meskipun dah ramai pulang Malaysia. Doakan kami cemerlang dengan report. Please. Please ^^ Hari tu jugak Linda akan minta topik atau bidang yang ktorg minat untuk allocate supervisor bagi Final Year Independent Project. Cuak-cuak >.



Doakan kami, bakal-bakal Pelajar Tahun Akhir
di Pompey! :)


No comments: