Friday, October 12, 2012

When an unknown African man met a confused monochronic girl



بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, The Most Gracious, the Most Merciful.
Al-Baqarah:155

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"


Terpana baca bil statement dari Three Mobile, bil bulan lepas menjangkau GBP75, selalunya GBP30, kadang-kadang saja naik sampai GBP40 bila waktu-waktu travelling. Ngaaaa banyaknya Three charge! Saya sepatutnya tak terkejut, sebab roaming di Malaysia tempoh hari, kisah calling parent guna nombor UK, juga disebabkan kes tertinggal sim Celcom, dan kes nombor Lebara tak boleh pakai, jadi saya patut ready dengan ini, cuma tak sangka banyak sangat pulak. Kepada semua sahabat, jangan cuba buat perkara ni kalau taknak rasa sentap dengan agensi mobile anda. Saya kena redha (ye ker redha macam ni?), takdalah sampai nanges kan, amazingly(?) saya siap boleh ada selera makan burger pakcik Balti tadi, walaupun duit kena sedut dengan banyaknya! Insya Allah, ada hikmahnya..bersabarlah Akmar. Simpan la dulu hasrat nak beli Pyrex ke Corningware ke and what so ever tu.. Sejak bila entah minat periuk belanga nih -,-

Sejurus selepas berita penarikan wang yang banyak tu, di selekoh keluar dari Lloyds TSB  Bank, saya bertembung dengan seorang African guy, salam diberi, katanya dari Manchester, datang Portsmouth berjumpa kawan-kawan, saya tak berapa pay attention sangat jadi saya minta dia ulang, tengah serabut muhasabah duit kena tarik katakan, jelas rupa-rupanya dia perlukan wang, kata dia: "I need some kind of sadaqah". Terus saya terfikir, Allah tested me real quick, I was thinking 'Subhanallah, this is a test!' and I don't mind whether that man was being honest with me or not, I just hope he feels safe and blessed. Memang kena betul dengan situasi saya tadi, otak hanya fikir kenapa? kenapa? kenapa? Kenapa saya kena ujian bentuk kewangan ni? Zaaapp, kena lagi! Jangan la nak berkira sangat.. InsyaAllah, moga Allah merahmatinya. Lepas kejadian tu, kaki terus singgah Balti order burger despite of my financial status. Allah uji sikit aja pon, ada je lagi duit tu. Rezeki Allah tu kat mana-mana je Akmar, Abang kata, anjing yang terbiar tu pun Allah jamin akannnya rezeki, inikan pula manusia yang kuat dan sihat macam Akmar Nabila ni. Ada manusia, Allah uji sampai muflis, nauzubillahiminzalik. Allah uji ni sebab Allah sayang...sweet kan? Pujuk hati ;)

Lately, saya rasa agak tak terurus, bila bahan reading before class sempat baca separuh, bila kain baju tak terlipat. Mak saya kata "Kain baju tu lipat kemudian pun takpa". Bila greenlight kata takpa..dah jadi tak buat. Haru biru dibuatnya. Siapa nak ambil menantu macam ni? Eh, menantu pulak fikir. Itulah, asyik fikir  i am a monochronic lah, monotask lah.. Hey,a girl gotta do what a girl gotta do. Right? Biar saya letak definisi monochronic di sini, untung dapat belajar Intercultural Perspective, unit elective yang saya minat tu. "Monochronic cultures like to do just one thing at a time. They value a certain orderliness and sense of there being an appropriate time and place for everything. They do not value interruptions. Polychronic cultures like to do multiple things at the same time." Contoh Polychronic cultures are Americans and French people. Kadang-kadang saya jealous dengan golongan polychronic ni sebab mereka multitasking and easy-going, they do not find any interuptions as an insult. Saya rasa Malaysian is a fairly polychronic culture due to the collectivism we have. Have a try and define yourself. Bercampur baur semua bahasa Malaysia dengan Omputeh kat sini haa..

Maafkan saya papan kekunci, kena hentam. Anggaplah ni hari merungut sedunia. Saya sebenarnya..dah terlepas waktu tidur, mata saya sakit, macam ditarik-tarik urat mata, maybe effect tertidur lebih siang tadi. Nak kata kupas journal cari rationale, tak pulak kupas apa-apa hari ni. Maybe I should force my eyes to close.. Insya Allah Esok pagi ada tutorial dengan Susan, blur karang.. Eh macam tak biasa blur.  Hari ni, saya baru siapkan target untuk semua coursework, harap-harap realistic la. Jadual harian mingguan tak dapat nak finalise lagi sebab certain agenda asyik tukar, bila consistence nanti baru nak make it into proper schedule. A monochronic girl gotta do what she gotta do. I need schedule for everything.  Doakan saya jadi multitasker, cause i really have to :)

Tadaaa! ;P

No comments: