Tuesday, October 9, 2012

Untitled


Bismillahirrahmanirrahim~ Semoga sentiasa tenang dalam lindungan Allah, ceria-ceria dalam cinta Allah, juga selalu senyum dengan aturan Allah. Dan yang penting sabar, syukur dan redha untuk setiap sesuatu. Kedua-dua bola mata saya mengerling ke kanan melepasi selak langsir ke tingkap rumah jiran, cuak setiap kali terperasan lampu dapor rumahnya terpasang. Mana tahu ada geligat manusia yang pandang ke luar, kalau terpandang kita ni karang.. habeslah walaupun kepala dah berbungkus dengan hoodie cardi kaler kelabu wool-knitted, yang murah saya beli kat ebay. Apartment sewaan kami ni T-shape, maka kedudukan dapor rumah sebelah agak dekat dengan kedudukan bilik saya. Sebab tu langsir di atas kepala katil tu dibiarkan menutup tingkap, play safe orang kata. Duduk bersila atas kerusi kayu memandang laptop, sesekali pandang ke luar tingkap yang lagi satu ni, untung-untung nampak bulan di balik pokok. Subhanallah! 

Baru sahaja buat talian ke Plymouth, hubungi sister sama usia dengan saya di sana. Asalnya atas urusan yang saya terlupa, sempat juga saya tanyakan khabar cuma saya lupa nak ucap tahniah atas walimahnya summer lepas! Oleh sebab ukhti tu pun tak dapat beri jawapan pada saya, terpaksalah saya panjangkan pada ketua. Saya sekarang tengah tunggu replied message dari dia, sebab tanpa message tu saya tak dapat nak teruskan kerja. Patutnya saya buat kerja lain sambil2..tapi saya monochronic, should finish one after another. Bila start, susah nak tukar. Saya orang yang malas buka email ni memang la, kalau posmen hantar surat pun saya belum tentu baca, inikan pula email berjela, kena tulis besar-besar "UNTUK AKMAR NABILA" baru nak baca rasanya.. Call me maybe? ;P kidding.

Tahu tak apa yang membelenggu saya sejak jejak Tanah Pompey dua minggu lalu? Sampai takut nak luang masa di blog, padahal bertenggek di tempat lain boleh pulak. Yakni bilamana urusan-urusan yang perlu dilaksanakan, saya langsaikan satu-satu macam siput jalan..amoeba pun jalan lagi laju rasanya. Poor me. Post nota circle pun lewat, ikutkan lewat 4 hari kot, oleh sebab apa yang saya type tu hilang selepas terklik link lain, saya terus tutup dan buat kerja lain, risau kalau terus layan frust kat situ, hati dah ke lain, kemudian ada hati balik nak type semula untuk sahabat2 selepas 3 hari kemudian. Tu yang lambat tu ;P Kini, kacamata bagai diubah sedikit, bak kata matsalleh, it is a taste of another flavour of life. Berjumpa dengan muka-muka baharu, rutin harian yang sedikit berbeza, suasana yang berubah sedikit, alhamdulillah..

Terkejar-kejar juga lah sekarang bila Susan dah bagi tarikh School Visit, hari Rabu bukan lagi hari saya boleh target untuk sumbat dan anjak kerja. Tidak lagiii...! Balik aja sekolah, penatnya semena...entah mampu ke tidak pergi swimming, planning  sakan macam nak pergi scuba diving dah, sengaja saya beli diving suit yang tebal tu, sebab kononnya nampak sopan sikit, saya ni pemalu kalau nak tahu, even with the girls! ;P sem ni entah dari mana keberanian datang tetiba nak join team renang Pompey.  Lihatlah apa akan jadi esok, insya Allah.. saya tahu berenang underwater je pon, nak lama2 kena angkut oxygen tank..

Rasa-rasanya, si ketua ni macam tak akan balas text saya malam ni,..Esok mungkin insya Allah. Lama-lama saya menaip ni, nanti macam2 cerita tak kelakar saya curahat kat sini. Ok la lil Bloggie, saya ni tak boleh lama2, karang mata terpejam, terkorbanlah masa saya untuk malam yang berharga ni.. Doakan saya untuk proposal project final year! Moga rahmat Allah sentiasa dicurah-curah ke atas kita! aamin :)

 yang cuba mencuba dalam cubaan menghargai masa :)

No comments: