Wednesday, June 22, 2011

Menerjang Badai Si Puteri

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Surah Ali Imran; 3: 92]

19th June 2011

Sahabat saya call. "Mal, kawan mama ajak pi sekolah tu lusa!" Program yang dirancang sejak di uk lagi telah diketahui tarikhnya. Awat lagi dua hari baru tahu? Memang benar la kata-kata 'seorang dai'e perlu bersedia bila-bila masa sahaja'. Tiba-tiba adrenaline macam stuck kat belakang tengkuk. "Nak buat apa sekarang?" . Kita berdua aja moderate sepenuhnya? Yes, sepenuhnya. 

Katanya program bersama adikadik tingkatan 4 yang agak special attitudenya.

Fikir punya fikir, modul yang diminta bakal dibincang di rumah beliau, sahabat saya. Proposal nak minta guna kereta dua hari dah dihantar. Approved! Esok ke rumah kawan, lusa ke sekolah tu. :) Sehari berfikir nak buat apa sebelum sampai hari esok, ah! Buat bookmark, dari lepas isyak sampai tengah malam tiada idea nak letak kata-kata apa di bookmark. "Switch Your Paradigm". Bunyi menarik. 


20th June 2011

Jam melepasi pukul 12am, maka pagi sudah menjengah hari yang sepatutnya ke rumah kawan, saya masih blur nak letak kata-kata hikmah berupa apa untuk bookmark. Lepas sangat bosan, buka blog. Lepas update post di bawah bercerita sakan pasal activity waktu cuti, kemudian saya berjalan-jalan di blog sahabat lain. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya idea. Letak nasihat Luqman Al Hakim lah :)  Lepas minta izin, saya terus mulakan kerja men'design, waktu dah kian menerjah subuh, tiga jam lagi. Tanpa sempat tunggu pemilik blog tersebut reply. =.=


Front Design



1st Back Design  


2nd Back Design











3rd Back Design


4th Back Design

Alhamdulillah, I'm Done! Ada yang ala-ala kanak-kanak ceria? walopun kontra dengan yang atas tu, fikiran masa tu nak cepat siapkan. yang 2nd macam horror sikit, mood twilight. herher~ Ya Allah, I love this feeling! Enjoyable dengan mata separuh terbukak. Apa lagi..kemudian diri terkocoh-kocoh bersiap sebelum azan subuh. Saya tak pasti gembira dapat keluar rumah atau happy sebab ada tugasan best. Perasaan bercampur. teehee. Saya tarik skirt coklat corduroy kegemaran dipadan dengan blouse kotak-kotak biru, tambah pula dengan tudung hijau lumut cerah. Semua padanan nampak ok ja, tapi bila fikir nampak tak ok. janji tutup dan longgar sudah la.

Opps, Jangan lupa pen drive! 
Akmar!!! 
Kenapa tak check pemilik blog tu approve ke tak kau cilok nota dia???????  
Arrrr! 
Balik nanti, i promise! 
Kalau dia tak bagi?

Err...
Saya bakar bookmark tu :P

Enjin saya hidupkan menuju ke rumah kawan setengah jam dari sini. Kalau ajal kat tengah jalan, ya Allah banyak lagi urusan belum selesai. Fikiran setiap kali nak mulakan perjalanan. Apa saya dah buat ni? Astagfirullahal'azim. T.T Sampai aja di rumah kawan, muka ceria semula penuh syukur. Mood berubah kepada semangat ninja.

"We're going to make it. Come hell or high water" Cewah. May Allah pleased. 

Nak pergi printing store, lepas storyline tentang modul siap, masing2 tahu apa yang nak di'cover. Kembara dihidupkan lagi ke destinasi seterusnya. PERUDA. Tempat favourite, kegiatan seni cetakan. "Aku teringin nak bukak printing store macam ni" . Huh, kemudian sama-sama gelak. Then, apa lagi. Lepak Popular jom! Tengah mengidam nak telan GCB, my mum called untuk pemeriksaan makan tengah hari. Sempat lagi pesan belikan heels. Katanya yang tengah pakai dah rosak. hehe Yes Madam! ^_^  Sepasang Alain Delon hitam bertumit satu setengah inci ditarik pantas. Cun! 

Lepak Popular dekat sejam sampai berpinar mata tengok buku. "Awat popular makin kecik?, pacific ni pun nampak kecik" Nak kata UK besar2 takdalah pun, tapi memang nampak lain la. ke kami yang makin besar ni? Impossible la tu. Mula-mula berniat nak cari buku pasal solat sempurna, tapi takdak. Tertarik dengan buku penghapus dosa, kemudian tak jadi. Last sekali, minda teruja dengan bahagian politk negara. Buku tulisan Mujahid Yusof dan satu lagi buku berkenaan jawapan kepada buku tulisan Dr Mujahid itu saya beli. Ini la buku yang dibualkan tu. We'll see, akan ada tak penulisan jawapan kepada kedua-dua buku tu dari Teacher Akmar ni. ok, saya mengarut~

GCB dikunyah slow2 sambil tangan menyelak helaian buku tulisan Dr Mujahid, Oh. buku ni sebahagian daripada tesis Dr Mujahid. Cayalah Malaysian Insider publish buku ni. Tetiba rasa cuak,.. saya kena balut buku ni. Buku yang sahabat saya beli pun tak kurang bestnya, dia ada sebut teori domino. Nantilah pinjam. Sharing is caring, Isn't it. Bermula lah pengisian serius masa cuti. Baca jangan tak terbaca plop! Selesai makan, terus ke printing store tadi, collect hasil! 

Pandangan depan. Orang yang laminate tu mesti gunting rapat terus dengan kertas. Tak tahulah bertahan lama  ke tak bookmark ni. Takpalah, ni pun kira ok. alhamdulillah :)


48 keping semuanya! 

Tanpa sempat prepare my part untuk esok, selepas magrib saya bagai orang pengsan. Gelap! Penat sangat sampai dinner pun tak. Mana taknya dari malam semalam berjaga sampai malam hari ni, dah lebih dari 24 jam.  


21st June 2011

Paksa diri bangun. Jam kat hp dah pukul 2.30pagi, err..solat Isya'. Tiga jam dari masa tu dah masuk subuh. Dua jam selepas tu, 7.30am dah kena bergerak ke rumah kawan untuk final preparation. Sambil otak buat kira-kira masa yang berbaki.....  Hari ni akan jumpa adik-adik kat sekolah dan...

Powerpoint tak start satu habuk pun lagi!

Buku nota usrah, majalah Solusi Isu ke-30, dan external hard disk jadi bahan bantu persediaan. Luckily, ada video 'Get Out!', boleh buat selingan untuk topik tujuan hidup. Fuh! Mana pi semua video menarik? Argh, nak download tuggu 5jam belum tentu siap, overboard pulak perli internet rumah ni. Ya Allah, awat gemuruh sangat ni? Memang buntu sungguh. Cool Akmar, anggap macam usrah mingguan. Jangan cuak..jangan..jangan.. Slide tak siap lagi ni. Fine, letak gambar dengan hint quotes ja!! Isi simpan dalam otak, karang dalam kereta. Sahabat saya mesti ada banyak video nak tunjuk, dia cover hakikat kejadian, sosial remaja dan implikasi kalau tak silap. 

Berapa kali dah tanya mak pun tak ingat, "Nak buat apa time 'ice-breaking'?" "Buat yang selalu buat" Jawabnya ringkas. Apa yang kita selalu buat, yang dalam micro teaching macam tak sesuai ja. Takkan nak main baling-baling bola dan perkenalkan diri. 40 orang kot. Saya biar persoalan tu tak berjawab. paling tidak pergi rumah kawan satgi, ada kot idea. Mak bangun iron baju. Lepas mandi, saya tarik jubah nak disarungkan, Yes, tak payah iron dah! Hurm...last minit bertukar fikiran, pakai baju kurung ajelah.  Jubah ni licin nanti kena tiup angin payah pulak nak behave elok2. Adoi. Bertukar! 

Sampai di rumah kawan awal setengah jam dari waktu yang dirancang, ketaq sangat sampai tak boleh tunggu dah. Tapi....kenapa dari awal pagi lagi telefon dia tak dapat? 'Network Busy'? Depan rumah dia pun 'Network busy' jugak... Salam diberi hampir sepuluh kali. Tak dengar mungkin. TV dalam rumah macam keluarkan bunyi. Saya ambil keputusan duduk dalam kereta, cari inisiatif lain. No rumah tak dapat, sama juga dengan number hp. Saya cuba call Viber Iphone beliau, patutla tak dapat, kena ubah setting dulu. Akhirnya dapat call viber, cuma tak bersambut. Terus saya text ke viber beliau, tiga kali cubaan baru sent. Taktau la sampai ke tak mesej tu. Hurm..Buntu nak buat apa. Haaaa! Kat rumah dia ada wireless. Cepat-cepat saya post comment ke wall beliau dengan harapan dia online. Yaaaaaa! Alhamdulillah, tuan rumah akhirnya keluar, mesej dari viber berjaya rupanya. 

Proses editting berlaku, Ya Allah. Saya sebagai tukang baca doa masih tiada text, katanya nak baca doa dalam bahasa melayu. Tu la, tak karang awal2..last2 jadi cuak. Sekarang pkul 8 lebih.lagi sejam nak bertolak dah, dua perenggan ja doa sempat saya tulis, yang lain minta kawan sambung dalam kereta kemudian saya edit sikit-sikit time slot dengan adik2 tu. Time tu jugaklah kalut mencari point nak present, cerita...analogi..nasihat. Berterabur jadi... 


Di sana, berlakulah perkongsian empat penjuru dari hati ke hati...



Jika ada seorang sahaja dari kalian yang benar-benar ingin berubah, itu sudah cukup bagi akak. Jika itu berlaku terhadap sebahagian besar dari kalian. Syukur Alhamdulillah :)



Anda tahu apa maksud istilah 'Menarik' dalam kalangan remaja ni? hihi. Memang menarik betul maksudnya. Akhirnya, kak Akma ni belajar sesuatu istilah baru dari kalian. Berkenaan istilah hati yang lainnya, Kak Akma simpan elok2. Anda semua best! Asyik terharu-biru dari awal sampai ke sekolah, breakfast diberi, air mineral pun bagi, lunch pun sama, tempat solat selesa, dapat lagi cenderamata dari sekolah, buku, towel dan penyepit comel. Saya tak terkejut dapat wang tunai dan sijil, terkejut sebab macam banyak sangat jumlah tu dengan effort yang tak seberapa ni. T.T Baiknya sekolah ni.. 

Terima Kasih!

Sempat juga berborak dengan cikgu-cikgu. Ada guru yang pernah study di Southampton, ada guru yang anaknya kami kenal, ada juga yang anak saudaranya kawan baik saya sendiri. Apa pun, pengalaman berkongsi dengan adik-adik di sekolah tu besar hikmah yang Allah bagi. Tiga jam berlalu dengan pantas! We make it! Alhamdulillah :)

Doa kakak-kakak untuk adik-adik :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi,Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian 'Alam. Ya Allah Ya Tuhan kami, Di hari yang penuh barakah ini, engkau telah turunkan hujan buat kami, Engkau telah cambahkan rezeki ke atas kami. Maka dengan itu, kurniakanlah jua petunjuk serta hidayah bagi kami ya Allah. 

Di hari yang penuh berbahagia ini juga, Kau telah himpunkan kami semua di suatu majlis bersama adik-adik yang kami sayangi. Ya Allah, bukakanlah hati-hati kami untuk menerima petunjukMu. Dan kerana sesungguhnya hidayah itu milikMu, ya Allah. Berbekalkan sedikit usaha ini, perkenankanlah ya Allah.

Kami bersyukur kerana dipertemukan dengan adik-adik yang kami sayangi. Adik-adik yang akan meneruskan perjuangan di atas muka bumiMu ya Allah. Adik-adik yang akan mewarisi generasi harapan kami, harapan ibu bapa kami, harapan guru-guru kami, harapan negara dan agama ini, ya Allah.

Ya Allah, kami memohon peliharalah kami dari segala kejahatan, dari segala bisikan-bisikan dari jin dan manusia, peliharalah kami kelalaian serta tipu daya dunia, syaitan serta hawa nafsu, kerana sesungguhnya kami amat lemah untuk menepisnya. Dengan kekuasaanMu, berilah kami kekuatan.

Ya Allah, kami akui bahawa kami hamba-hambaMu yang lemah dan tidak lari dari melakukan dosa, Maka ya Allah, hambaMu yang hina ini memohon keampunan atas dosa-dosa dan nista yang pernah kami lakukan terhadapMu. Jika kami pernah melakukan dosa, ampunkanlah ya Allah. kerana mungkin kami tidak tahu. Adik-adikku ini tidak tahu ya Allah. 

Berilah kami peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Jika kami lalai, ingatkanlah kami. Jika kami terlanjur, bawalah kami ke jalan yang benar ya Allah. Perkenankanlah doa kami ya Allah. Eratkanlah hubungan antara kami dan pertemukanlah kami semua di syurgaMu. aamin ya Rabbal'alamin.


Semoga hujan yang turun turut membawa masa silam yang tak ingin diulangi lagi..


Tip menarik : "Kalau adik-adik suka sesiapa, jangan bagitahu dia. Kita beritahu Allah. Sebab apa? Sebab Allah pegang hati-hati kita. Kita minta Allah simpan dia untuk kita. Atau minta Allah beri yang lebih baik".


Senyum!

Ya Allah, terima kasih kerana mempertemukan saya dengan mereka. Alhamdulillah, diri sangat-sangat bersyukur :)


9 comments:

siputsedut said...

good for you!it seems that you are pretty busy this break. i really hope to join this kind of activity when i get back home..=)all the best nabila.

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

bagus betul banyak berprogram..kalau budak2 laki yang bermasalah,memang kena 'basuh' keras sikit tapi kalau budak2 perempuan bermasalah,sentuh hati diorang sebab hati perempuan ni lembut..btw,tuan blog tu dah izinkan buat bookmark tu..die kate bookmark2 tu cantik..hehe

El-Azwar said...

Salwani : Not really actually, hari ni sepanjang hari sorg2 kat rumah. sebab tu boleh post kat blog lg. Hari2 tertentu ja mcm tu. hehe. balik nnt kita pergi lagi kalo ada invitation. mmg best, anda mesti lg banyak boleh share. InsyaAllah. Oh, xsabarnya. hii :)

Mr Nazrul Fazli : Setakat ni dua aja program ikut, insyaAllah lps ni jd ahli pulak kot. hati sendiri pun kena basuh juga. betul, kata cikgu dyeorg students lelaki sllnya org BTN handle, mmg keras. Ya Allah, thanks ya. Allah pasti ada ganjaran untuk itu. :)

siputsedut said...

hik2..dari awal baca blog ni dah dpt agak pesanan lukman al hakim tu dari blog saudara Nazrul..=P

Hayat Yahya (naNo) said...

good job kamal.. ^^

Kerikkerik said...

jelesssssssssssssssss. wuwuwuwuuuuu. jom buat skali lg. kt skolah lain plak. hehehe.

El-Azwar said...

salwani: adoi. kantoi la. haaa. ampa dua ni mesti satu course and sekelass nih kan :)

ayat: alhamdulillah ^^ Nanti jum la buat lagi sama2. :)

syud: xdan nak ajak ampa, time tu anda di penang kot.. rushing betul. Insya'Allah, rasanya akan ada lagi jemputan :)

zufar said...

salam..mesti best dpt join program2 berbentuk motivasi,berkongsi pengalaman hidup kita ataupun orang lain di samping terapkan unsur dakwah..btw,ana ada sikit2 buat program motivasi area2 penang,kalau Kak Badar ada modul2,games ka atau sebarang idea mantap dan bahan menarik yang boleh dikongsi..bleh la hantar kat team ana.(emel ana)..sbb ana pun tgh collect2 idea2 menarik nak dimasukkan dlm program motivasi.

El-Azwar said...

wa'alaikumusalam wbt, subhanallah. mesti aktif ni. menariknya dpt buat program motivasi. Moga Allah permudahkan. alhamdulillah, sedikit pengalaman bersama adik2 sebenarnya itu turut melatih diri dlm penyampaian yg berbeza, kalau sebelum ni perkongsian sesama akhawat yg sebaya, kali ni berbeza sbb adik2 ni lain sikit background dan kebanyakannya berbeza mentaliti dalam melihat dunia. so approach lain sikit :)

dari segi modul lengkap tu xda lah zufar. cumanya, sy sendiri dan seorang sahabat lebih fokus kpd apa yg adik2 perlukan. perkongsian yg ringan. Video kena prepare banyak kot, takot adik2 boring dengan nasihat ^^

InsyaAllah, saya boleh forwardkan slide dan contoh video2 yang kami guna. Goodluck Zufar:)