Assalamualaikum. Moga rahmat Allah bersama kita :)
Manusia memang sukakan 'pattern' bukan? Manusia generally like to be 'judgemental' ; i would say people can be critical on something and it is actually good but being so one-based is too much. Now I am being judgemental but I am trying to put some references, so that it doesn't sound too much of my personal thought.
"Dan perangilah mereka itu hingga tiada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata.."
Al-Anfal:39
Jadi, wahai sahabat-sahabat yang menginfaqkan diri dalam jalan ini, bersabarlah..fitnah atau halangan itu benar ada. Siapa mampu menghentikan kritikan dan tohmahan manusia? Rasulullah SAW dulu berdepan dengan ujian yang jauh lebih berat. Diherdik, dipukul, dibaling batu, diracun oleh manusia yang membencinya. Uqbah membenci baginda dengan sebenar-benar benci. Ingat lagi bukan?
Kenapa Allah tidak turunkan Ababil sewaktu peperangan Badar? Ketika tentera muslimin luka parah dihentam pasukan musyrikin, mana perginya bantuan Allah? Ketahuilah bahawa sunnatullah telah berubah pada zaman umat Nabi Muhammad SAW. Allah menyuruh kita berusaha dan Allah akan memberi pertolongan yang kita tidak sangkakan. Seperti yang berlaku dalam peperangan Badar, ketika Rasulullah menggenggam pasir dan melemparkannya ke tentera musuh. Sesungguhnya : "..tangan yang melemparkan pasir itu bukanlah Muhammad, tetapi Allah..."
"...Do not worry; God is with us, then God gave him confidence and supported him with an army which you did not see and He defeated the cause of the disbelievers and made His own cause stand supreme.." At-Taubah:40
Bagaimana dengan halangan kita sekarang? Kita sekadar mendapat komen sinis depan dan belakang, itukan lumrah bercinta. Kritikan dari laman sesawang yang belum tentu dituju pada kita, jadi tak perlu melatah. Jika ada mesej baik, ambil. Messages tak berbalas bukan ke dah biasa? Contract iphone kan 5000 texts, untuk apa tu? Bila ajakan pula tak diendah; kenapa perlu stress? Siapa yang memegang hati manusia sebenarnya? Allah bukan? Kadangkala saya sedih bagi pihak mereka, benarlah sabar itu tugas orang beriman. Why don't we take it easy, jadikan iktibar dan pengajaran supaya kita sentiasa beringat. Manusia tak semuanya tahu. Mungkin usia mereka lebih panjang dan sempat bertaubat pada Allah. Maybe.
Selepas menangis pada Allah dalam solat, Allah akan reply balik dalam al-Quran.
That's a sweet therapy, isn't it?
"If you get hurt, certainly others have also experienced injuries. We have made people pass through the different turns of history so that God would know the true believers, have some of you bear witness to the people's deeds, God does not love the unjust". Ali-Imran-140.
Saya menasihati diri dan sahabat yang lain. Teruskanlah bekerja, ini sahaja cara untuk kita berlepas diri. Saya tidak bercakap mewakili mana-mana pihak. This is for all. Siapa tahu pengakhiran masing-masing? Bukankah jalan untuk ke syurga itu dihiasi dengan banyak pintu? Rintangan dan godaan yang kadangkala kita tewas untuk melarikan diri darinya. Jangan pula sampai kita terduduk terlalu lama di salah satu pintu itu hingga tanpa sedar kita hanyut dan mengakhiri perjalanan ke syurga di situ. Nauzubillahiminzalik. Maka, jauhilah pintu-pintu itu.
Kadangkala..bukan semua harus dijauhi.
Apabila berdepan dengan pinggan dan tangan yang kotor, fikir juga mana yang patut kita cuci terlebih dahulu. Tangan atau Pinggan? Sebagai suri rumah suku masa ni, saya jawab cuci pinggan dulu; tangan akan tercuci bersama. Anggaplah sahabat kita tu pinggan. Dalam keadaan diri kita yang juga kotor dengan karat jahiliyah, ajak sahabat bersama berubah menjadi lebih baik, pasti diri kita juga ikut berubah. Insya'Allah.
Adakah dengan mengambil jalan untuk tidak bermasyarakat itu yang tebaik? Tidak. Cari sendiri ayat lengkap Rasulullah SAW; manusia yang hidup dalam masyarakat, masuk ke dalam masyarakat dan mengambil tahu masalah mereka adalah lebih baik daripada mereka yang tidak mahu bermasyarakat. Rasulullah suruh ambil tahu bukan? Cari balik Hadith Huzaifah tentang konsep beruzlah; jika tiada lagi kepimpinan yang berteraskan islam yang sebenar, barulah kamu beruzlah (menyendiri). Oh, saya dah cukup dengan isu uzlah ni dulu, sebab terlalu skeptik dengan golongan yang tidak mahu bercampur. Kan dah timbul fitnah...
Adakah pandangan fitnah itu akan ditanya semula? Astagfirullahala'zim T.T
Hakikat cubaan membawa agama Allah memang berat bukan? Memaksa diri masuk ke dalam masyarakat kerana Allah. Inilah foundation yang mesti dibina dari awal. Jika kita sedar hakikat pertarbiahan di Malaysia jauh sekali bezanya dan kesukarannya. Itu bukan alasan untuk hanya menerima hakikat kepayahan itu, tetapi berusaha membina asas kepada 'how to overcome it'. We're now in the comfort zone, memang seperti dunia fantasy; pergi usrah tiada halangan, pergi daurah merentasi berpuluh marhalah pun tiada masalah. Memang seperti dunia fantasy.
Cuba jadikan fantasy ini realiti bila kita di Malaysia.
Tetapi apa yang lebih berat? Kita lebih meredhai kehidupan kita di dunia daripada kehidupan kita di akhirat; yang mana kehidupan akhirat itu Allah janjikan berlipat kali ganda lebih baik. Tapi kita tak tahu..beruntunglah mereka yang tahu dan berbuat sesuatu.
dan yang terakhir...pembawa-pembawa agama Allah ini juga memiliki kekurangan. Manusia, janganlah terlalu menghentam mereka..
Tak cool lah!
Sekian,
Akmar yang semakin malas menjawab perihal cakap-cakap liar dan gosip. Tidakkah mereka takut ia akan dituntut? saya pun takot.... T.T

2 comments:
Terima kasih. saya membaca..
I feel touched. thanks for reading, you are studying what my heart says.lol.
Post a Comment