Tuesday, January 24, 2012

Kena cari?

Bismillahirrahmanirrahim~

Selesai perbincangan meja sfera yang memakan masa hampir sejam, saya tolak secara baik perkongsian sirah, lalu sengaja pula buat permintaan untuk tazkirah lain. Saya kalau tak bagi sirah berkait perang memang tak sah, meskipun dalam otak separuh bersedia untuk ibrah perang Uhud, 'Disiplin Berjuang'. Namun saya fikir, keseriusan meja bujur tadi dapat direnggangkan dengan tazkirah santai,  seperti Bait Muslim. Mulanya segan, tapi saya pasti yang lain pun teruja. Kan dah lama tak dengar sharing pasal ni. Masa untuk top up kefahaman fresh dari mereka yang lebih arif.

Panjang berkongsi, saya rasakan kepala bertambah berat berfikir, saya ingat mudah semua tu. Bila dengar satu per satu isu berbangkit. Alahai, complicated jugak actually. To be specific, being a muslimat quite complicated sebab nisbah dengan 'muslimin' quite huge. Lalu, terpancul di mulut saya:

Jodoh ni kena cari ke?

Kenapa saya tanya soalan tu? Kan dah kena sekolah tadi. Mestilah kena cari. "Kita tak boleh expect jodoh tu dalam rumah atau jodoh akan ketuk pintu rumah cakap 'Hai'. Kenalah cari.." Tambahnya lagi, jodoh tidak termasuk dalam perkara yang ditetapkan oleh Allah ketika dalam rahim ibu. Ada pendapat kata, ia termasuk dalam 'baik buruk' yang ditetapkan pada setiap manusia. Perlu study lagi nanti.

Bila diketengahkan isu memilih calon yang kita idami dan memilih calon pilihan keluarga, bagi saya agak menarik. Ternyata, seorang lelaki harus mengutamakan pilihan keluarga kerana redha ibu ayah lebih penting. Saya tak pasti di pihak perempuan bagaimana pula. 

Ramai orang kata, suami adalah imam, manakala isteri adalah makmum. Pemilihan imam adalah lebih penting daripada memilih makmum kerana imam yang baik akan dapat memperbaiki makmumnya. Jadi, isunya sekarang bakal imam tak ramai, malah nak mencari imam yang baik adalah seperkara lagi. Ok, hangat dibuatnya perbincangan ni.

Baru saya tahu ikhwah ni cerewet, kalau sampaikan 'jenis spec' si calon pun perlu specific berbingkai atau tidak, itu dah melampau 'demand'. Mentang-mentanglah pilihan ramai. Jadi, saya terpaksa tingkatkan gear sabar, terus mendengar. Memang fitrah manusia akan pilih yang terbaik, yang paling sedap mata memandang. 

Orang biasa macam saya memang patut ada ciri-ciri tak kisah sangat. I need a person who can guide me, not a magazine cover model. Tapi kalau semua nak yang 'terbaik', a very complete package, i should stay behind. You guys go first, pick all cream of the cream till no one left, then I'll be next.  Maybe it takes years. Allah kan ada..He will never let me down.

Cukuplah kisah jodoh untuk waktu ni, kalau orang lain berusaha mencari,
saya prefer the former principe,

...berusaha untuk menjadi.

Walaupun tak pasti berapa lama. Sampai bila-bila pun kena berusaha kan. 
Relakslah Akmar!


Mari tengok doodle ni, Ya Allah... T.T









Apa lagi seorang isteri perlukan selain daripada redha suaminya?

AllahuAllah..




Bakal Suami, I will always be imperfect. So, how?

2 comments:

siputsedut said...

salam nabila..
last weekend, kami baru je dengar talk berkaitan difference in gender dlm pemikiran, polygamy and some other stuff regarding jodoh by Sheikh Umar Baloch..i'm not sure klau region hampa familiar dgn dia. he said, for a woman, she should find someone with a good character. not specifically guy yg join dakwah sana sini or most dream guy bagi akhawat adalah guy yg mcm akhawat tue seniri.he may not pegi program sna sni, tak join madrasah sgt, let say an ordinary guy with a really good character that we believe he can be our someone.*of course solat, puasa and tahu hukum sikit2 tue kena ada* because he can change for better.tapi bg a guy, dia kna cari pmpn yg based from 4 criteria tue.tak bermaksud kita x pyah ikut 4 criteria tu,tp a good character guy can be a good husband, inshaAllah..this is somehow relate on how we comprehend the hadith itself and understanding contextual meaning in the Quran and hadith..wallahua'lam

El-Azwar said...

Jazakillahkhair Salwani, that's pretty close to what i was thinking about,and Allah knows best. The character is something i believe wouldn't change much rather than skills that we simply acquire quite easily. when it comes to personality, its a matter of being compatible and whether we could stand of it till the end.

tht's not an easy job i suppose. hurm.

-pause- ^^