Monday, September 10, 2012

Simply Ordinary


بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, The Most Gracious, the Most Merciful.



Life is too short to walk alone, find me a partner so I can walk confidently.

Oh, walk with me instead!

I can speak something better I suppose only when I'm prepared, but I do differently when it comes to blogging, means never ever have that thought. I cannot even talk about myself. When people just read me through my blog, fb or any other spaces, i'm afraid they would have less informed how hopeless I am unless they pay my friends to tell them. Ngaaa.. Overboard la tu! Last week, Amelia, my not so small sister was doing her resume for her mock interview. I just happened to help her checking few things, not really helping, but complaining here and stuff. Then, I have come across to have something we call a basic fact about ourselves, my resume last time in school wasn't really good, especially on the affiliation part. hehe During my mocking interview in school, i talked about GMF. haha. cita-cita ku sudah terkubur.. But it wasn't the reason I wanted to write about bit of myself tonight, not telling any improvement either. Just assume that I've lot of free time. It is to test my confidence by writing all these fact. The fact that I am so average just like girl next door. There you go anonymous. 


My Simply Ordinary educational phase and it's glimpse of history:

1996 - Tadika Kemas Taman Seri Gading, Pokok Sena, Kedah
Jarak 20 meter dari rumah approximately. Dekat dan jimat. Menangis masuk tadika ni. Pernah kena rotan sebab berlari dengan kawan-kawan sampai langgar orang dan orang tu menangis lalu Cikgu Timah datang dengan rotan untuk menenangkan keadaan. Rasanya itu kali pertama dan terakhir kena rotan dengan pembersih tingkap colourful yang hujungnya besi. T.T tak dinafikan sakit sampai tak terkata tapi tak nangis pun. Esoknya pergi juga tadika tu. Walaupun dah belajar bersosial tapi still takut nak masuk sukaneka. Pernah wakili tadika pergi bertanding seni tekap warna air and mewarna, time tu demam dan muntah-muntah parent tak ada nak temankan macam budak-budak lain. Sedih tapi cool, agak hilang arah time tu, taqdir mempertemukan saya dengan Mak Njang yang dihantar oleh Ayah. he he he..   

1997-2002 - Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, Kedah.
Enam tahun yang best, paling cool dan juga paling comot. Fasa membina sahabat yang hingga kini masih terpatri. InsyaAllah. Tempoh ni kami banyak berjalan kaki ke tempat-tempat yang pada hari ni confirm akan naik kereta pergi. Tempoh bermain yang sampaikan atas pokok depan rumah, bukit belakang taman, lubang bawah tanah, hutan perumahan baru, belakang rumah jiran, dan segenap lubang dan penjuru pekan Pokok Sena kami redah. We live life to the fullest. Fasa ini juga menjadi harapan sekolah, membina kejayaan demi kejayaan dalam setiap ruang dan pertandingan. Alhamdulillah. Kenangan menjadi shooter netball, pendeklamasi sajak, tukang cerita bahasa inggeris, pengawas sekolah, sprinter, long jumper, pelakon puisidra sains, tukang naikkan bendera sekolah, bernasyid ehem... Tak lupa juga kenangan jadi ketua kelas. ho ho ho. Fasa anti-lelaki, species tu tak boleh buat silap sikit.. Ya Allah, indahnya kenangan masam manis masin kelat semua ada..

Jan 2003- Feb 2003 - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. 
Sebulan lebih yang bermakna, mengenal erti kelemahan dan berdikari. Tempoh struggle yang separuh nyawa, mengejar masa belajar, menguruskan diri dan rehat. Ditambah dengan tekanan, trauma jika membuat silap. Tak terkejar masa yang ada hingga belajar entah ke mana disebabkan penat memanjang dengan pengurusan diri dan sekolah, dengan homesick yang tak terkata, parent yang tak pernah melawat melainkan datang menjemput pulang atau hantar, syukur dapat menumpang kasih keluarga sahabat di sana. Tidur selewat pukul 12 malam kerana setiap hari perlu membasuh dan meng'iron dengan pakaian yang limited, dan bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk elakkan queue panjang. Di sana saya kenal serangga berbahaya Charlie, hingga sahabat saya menumpang tidur sekatil dek takut. Hampir setengah bulan hidup di SMKA Yan, saya masih tak tahu dan tak ambil tahu kenapa para senior lelaki disuruh panggil dengan panggilan 'Pak Cik' dan tak pernah pula terfikir ada panggilan lain yang sangat di'banned. Sekarang saya faham. Saya tak pernah outing. never. Oh, saya dilantik wakil dorm untuk Lajnah Surau. Banyak lagi cerita pelik dan memalukan yang saya belajar.. saya sangat hargai peluang belajar di sana :)

Feb 2003- 2005 - Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah. 
Coretan pengalaman paling indah, teratur juga paling skema dalam sejarah seorang pelajar. Pengalaman yang sangat berbeza, bebanan dan tekanan yang dirasakan kurang, peraturan yang fleksible, rutin yang boleh diikut dengan baik. Stress free! Saya dapat fokus belajar dan boleh ikut rentak hidup di situ. Mungkin dah terbiasa susah di SMKA. Parent juga selalu datang melawat kalau minggu tu tak boleh pulang bermalam, di sini pun saya tak outing, pernah sekali dua je kot sepanjang tiga tahun di situ. Pertama kali apply ahli Biro Agama, siap kena interview, malu fikir balik sebab yang apply dua orang je. Di sinilah saya sedar diri ini tertarik dan suka dengan aktiviti di surau. Saya sayang guru-guru di MRSM Pendang. Wakil kelas main petanque dengan Cikgu Rodzi tu yg tak boleh lupa, kenangan bersama beberapa sahabat serta junior join Camping Pandu Puteri MRSM Se-Malaysia juga kenangan terindah saya. Saya suka camping. Pertama kali dipilih menyertai kumpulan Bahas Maktab selepas Oral Test Bahasa Melayu. Antara peserta terawal menamatkan larian merentas desa juga tempat ke tiga larian 1500km jarak jauh wakil rumah sukan, oh saya pernah pengsan atas track. malu malu! Pengalaman menjadi mentor subject Sains juga melucukan, dikejar mentee. Kenangan yg agak sweet lagi, bila terpilih menjadi wakil pelajar perempuan hal-ehwal agama di surau sebab calon pertama sebelum nama saya disebut tak pakai sock. Lepas nama dicadangkan, pemegang mic tanya "Akmar pakai sock x?" hehhehe. Pakai. Kenangan demi kenangan tersemat sampai lah ke pejabat pengetua mengambil result PMR.  

2006-2007 - Maktab Rendah Sains Mara Langkawi, Kedah. 
Dua tahun yg singkat, padat dan penat tapi penuh dengan suka duka dan ragam. Penuh dengan turun naik dan cabaran pelajar yang bakal mengambil SPM. Disibukkan dengan segala macam hingga hilang fokus. Masa tu saya tak sedar saya ni Mono-Task! Dengan subject yang bertambah, fokus mencapah, masalah bersepah, bayangkan lah tempoh ni tempoh saya tak berapa tentu arah. Takdalah pegang jawatan tinggi pun. Tak berapa biasa dengan budaya sosial di situ, saya terkapai-kapai juga dalam handling stuff. Alhamdulillah, terikat dengan tugas handle usrah setiap minggu, saya bersama team Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) yang mantap, golongan pemikir dan golongan yang dedikasi, merancang program dan pengisian tanpa jemu. Amali solat, treasure hunt, sampai lah ke usrah  mingguan dan debat. Terlibat juga dengan persediaan camping, kawad, gajet, dan segala macam persediaan untuk meraih juara. Alhamdulillah, kami dapat tempat ke-2. Banyak juga saya buat silap, banyak juga pengalaman baru yang dicuba-cuba. Pertama kali bawa handphone ke sekolah, itu silap saya juga dalam beratus lagi yang buat perkara sama. Jika kalian tanya fasa mana yang saya ingin kembali perbetulkan, dua tahun ini lah jawapannya. Cukup berbeza, hampir setiap minggu outing entah beli apa, pergaulan makin longgar, kalau ahli badar boleh berbual tak kira jantina di depan kelas secara terbuka (which is fine pun cuma saya rasa tak biasa), imagine how other students socialized even in places we never imagine. Allah is All-Knowing. Fasa ini, mata saya agak terbuka, minda juga berperang segala macam agenda. Walaupun kenangan sudah tersemat, kesedihan masih hangat..pengalaman ini saya ulangkali kongsi dengan Amelia, dengan harapan dia berhati-hati dan sedar keutamaannya di sana.

June 2008- Aug 2008 - Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon, Kedah. 
Fasa pelarian, berlari ke kelas dan berlari dari manusia. Kenapa fasa pelarian? Kerana semua yang berkait di sana terlalu menggesa. Kelas dan kuliah silih berganti, report perlu disiapkan setiap hari especially Bio dan Chemist, juga latihan Math yang tak pernah habis. Beribu manusia di Matrix, agaknya boleh dibayangkan betapa sesaknya suasana. Alhamdulillah, highest mark in Bio Test menyemarakkan lagi semangat belajar dan mengejar cita-cita.  Saya agak struggle dengan Chemistry, fuh! Saya join Cycling Club, menarik dan sihat. Perkara yang tak menarik ialah dikejar oleh insan yang membuatkan saya tak suka ke library, berjalan juga perlu berhati-hati, despite of the noisiest place it was. Perasaan diganggu memang rimas, itu antara sebab saya terima tawaran ke IPG, menguburkan cita-cita lalu. Selamat tinggal Biology...

Aug 2008-2010 - Two years Foundation in B.Ed TESL di IPG Kampus Darulaman. 
Dunia baru. Minda di'tuned ke meter seorang bakal guru. Payah. Fasa mengenal dunia yg baru dan apa yg disebaliknya. Masa ini juga perlu mengumpul minat terhadap teori, fakta dan penulisan yang sampai sekarang kena pastikan minat tu perlu ada. Dan yang pastinya, kebanyakannya tanpa sempadan, especially in learning Social Studies, everything beyond boundaries! Minat tu ada kot, insyaAllah. Tempoh ini tempoh melakar masa depan, agak jelas dah sikit kehidupan seorang bakal guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah kementerian yang digeruni. Alhamdulillah, process adaptasi semuanya baik-baik sahaja. Kenangan indah melakukan semua perkara bersama, menatap wajah-wajah yang sama, rutin harian yang sama. Kenangan bersusah payah, jatuh sakit, menangis, dan sebagainya terkumpul membentuk asam garam kehidupan. Kami hidup bagaikan keluarga besar.

Sept 2010-June 2013 - Degree in University of Portsmouth, United Kingdom (InsyaAllah).
Mencipta langkah demi langkah serta prinsip menuju kedewasaan, mengenal dunia baru dan manusia di dalamnya. Pada masa yang sama bermatlamat menuju kehidupan selepasnya. Menginjak tahun demi tahun melepasi beberapa fasa bermasyarakat, berkawan dan bersosial. Jelas dan terang perubahan masing-masing, kami menginjak tahun ke-5 kuliah bersama. Tempoh yang cukup lama bagi saya dalam sejarah tempoh belajar di mana-mana tempat, ini tempoh paling lama. Yang manis ada, yang pahit juga. Masing-masing kini sudah dewasa. Saya menerima seadanya, memahami sebolehnya dan mengharap perubahan yang lebih baik untuk semuanya. Semoga kami berjaya bukan sahaja dalam meraih degree, juga berjaya di mata Allah SWT. Pengalaman menjejakkan kaki ke tanah-tanah yang jika ditanya di umur saya 17 tahun sekalipun, saya pasti tak menyangka akan dikurniakan peluang menjejaki tanah Allah yang serbaneka dan serba luas, subhanallah. Di usia ini saya sama sekali tak meyangka diberi izin Allah melewati lebih berbelas buah negara, melihat dan menghayati sejarah serta sociologi masyarakat luar yang berbilang bangsa dan budaya. Syukur Alhamdulillah.   

July 2013 - July 2014 - Final year degree and teaching practice in IPG Kampus Darulaman.
Mungkin ini fasa memperkemas kesediaan berkareer (InsyaAllah) dan kesediaan berkeluarga (cewah!). Saya yakin ini juga tempoh sahabat-sahabat lain mencari atau menyempurnakan sebahagian dari agama. Saya serahkan pada ketentuan Allah, harapan itu tetap ada, membina Baitul Muslim atas titah Tuhan yang Maha Mencipta. Semoga saya tak kena posting jauh dari keluarga. Time ni mesti lebih banyak jemputan ke walimah sahabat-sahabat, tiba-tiba jadi tak sabar nak makan nasi minyak ^^


Ya Allah, izinkan aku melakar kenangan yang indah, lebih indah dari yang sebelumnya. 
Allahu Aamin~


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِىٓ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَآ‌ۚ إِنَّ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ۬ (٢٢) لِّكَيۡلَا تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ (٢٣) (الحديد: ٢٢ – ٢٣ )

“Dan musibah apa saja yang terjadi di muka bumi ini dan yang menimpa kalian melainkan seluruhnya termaktub dalam Al-Kitab (Lauh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (demikian itu) agar kalian tidak cepat berputus asa atas apa yang luput dari kalian, demikian juga agar kalian tidak menyombongkan diri terhadap apa yang Allah berikan kepada kalian. Dan Allah tidak mencintai setiap orang yang bangga lagi menyombongkan diri”.(QS. Al Hadiid: 22-23)




2014 - Baitul Muslim ? ? ?
Shall I put a target on it? InsyaAllah. Wallahua'lam. Doakan please. heuheu :)

4 comments:

qilaraf said...

salam
i never knew you were at Changloon, :)

El-Azwar said...

w'salam, hehe..i did, for about two months i think.. :)

qilaraf said...

we were in the same boat :)

El-Azwar said...

Ya Allah, really! hehehe.. what a small world :)